[2 VIDEO] Lucu! Sultan Johor ‘Merempit’ Bersama Tuanku Raja Zarith Sofea

Bercakap mengenai Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar ada sahaja aksi dan gelagat Tuanku yang mencuit hati rakyat.

Sultan yang berjiwa rakyat ini sering kali membuat sesuatu yang ‘diluar jangkaan’ sehingga membuatkan rakyat jelata terutama mereka yang berada di Johor begitu menyayangi tuanku.

Sultan Ibrahim Cuba Mengusik Permaisuri Tuanku Raja Zarith Sofea

Gambar : Sultan Ibrahim Official

Masih segar dalam ingatan kami beberapa bulan yang lalu, apabila terdapat beberapa rombongan sekolah melawat kawasan sekitar Johor, dan secara tiba-tiba Tuanku muncul bersama pengawal-pengawalnya menaiki buggy yang kebetulan turut bersiar-siar disitu. Sempat bertanyakan berapa jumlah peserta rombongan itu pada guru pengiring, Tuanku terus menitahkan pengawalnya untuk membeli KFC untuk kesemua mereka. Bertuah betul mereka!

Kali ini, ada sesuatu yang menghiburkan kami dimana Tunku Idris, anakanda Sultan Ibrahim telah memuat naik dua video yang menunjukkan aksi ayahanda dan bondanya, Tuanku Raja Zarith Sofea sedang bersiar-siar menaiki motorsikal. Lebih melucukan, Sultan Ibrahim cuba meniru aksi ‘mat rempit’ dan turut diselangi dengan jeritan Tuanku permaisuri yang menjerit kerana terkejut.

Netizen Terhibur

Melihatkan pada video-video tersebut, rata-rata mereka yang menonton video tersebut turut terhibur dan menganggap Sultan Ibrahim begitu sporting dan suka mengusik!

Video yang mendapat lebih dari 200 ribu tontonan ini dipercayai diambil berhampiran Padang Polo DiRaja di Istana Pasir Pelangi.

Sumber : Hangat.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*