‘I balik, you sarung cincin dekat jari’ – Cerita ini bakal buat korang sakit hati

Cinta bukan sekadar ungkapan di bibir semata-mata tetapi cinta memerlukan segala pengorbanan dan juga kesetiaan. Tanpa cinta, manusia sunyi, dan kosong. Walaupun dinafikan rasa cinta di hati, manusia tetap memerlukannya kerana cinta itu kadang-kadang membuatkan manusia buta dan kadangkala cinta itu indah di padangan mata.

Seorang pengguna Twitter berkongsikan cerita mengenai kisah percintaan Abu dan Hawa yang pada mulanya indah belaka tetapi atas sebab kecurangan, percintaan mereka berakhir dengan luka yang mendalam. 
Tidak siapa yang dapat menjangka perkenalan mereka sejak di bangku sekolah tidak berakhir di jinjang pelamin. Ini berlaku gara-gara si Hawa mengambil kesempatan di atas kesenangan Abu dan mula berlaku curang.

CERITA ini bakal buat korang sakit hati. Yelah sampai bila nak geli-geli je mungkin korang boleh ready baldi. Wayang dah nak mula, aku nak cerita. 
Enam tahun yang lepas, masa tu Abu baru tingkatan dua. Dia dulu dilantik jadi ketua kelas dan penolong bernama Hawa. Abu aktif bermain bola dan Hawa terlibat dengan sukan gimnastik. Mereka tidak menjadi gosip kerana Abu tidak handsome. Di dalam diam mereka menyukai antara satu sama lain dan mula jatuh cinta. Mahu diluah takut kena tolak, dan mahu disimpan takut berputih mata. 
Abu ingin mencuba menghantarkan pesanan mesej di dalam Dacebook dengan harapan Hawa sedang online ketika itu. Dia melihat status hubungan Hawa di Facebook dan dia sedikit kecewa apabila melihat Hawa sudah mempunyai teman lelaki.

Hari demi hari Abu cuba nak lupakan Hawa. Hawa mungkin muncul dalam mimpi basah dia semata, dan mahu jadikan Hawa milik sendiri belum cukup harta. Sekolah tak habis ada hati nak bercinta amboiii biasaaaa dia!
Fast forward to the time diorang habis sekolah, Abu sambung diploma di universiti rahsia. Niatnya nak kejar cita-cita  jadi player bola. Kalau ada rezeki nak fly dari malaysia. Tingginya angan Abu tak boleh capai pakai galah. Katanya, dia nak naik sama level dengan Mohamed Salah.

Abu mula bermain bola sepak untuk club mini dan telah diintai oleh coach negeri. Pada awalnya Abu menolak kerana statusnya yang masih belajar. Tetapi setelah mendapat panggilan hampir setiap hari, Abu menerima tawaran tersebut dengan syarat dia tidak mahu berhenti belajar.

Nama Abu belum keluar newspaper, so Abu still ada masa nak scroll Instagram. Got a chick keluar dekat explore dia, she makes him drool and ‘damnnnn?!!!’ He hit the follow button sebab itu Hawa! Alamak… dia dah ada gentleman. Again.
Bulan berganti bulan, Abu dah masuk televisyen. Dia sudah bermain ke serata tempat tapi belum mencapai tahap Samuel Umtiti. Tiba-tiba Abu mendapat mesej dari seseorang.

“Hi, ingat lagi tak?” disertakan emoji si hitam bulan.

“Hi, ni siapa pulak?” perbualan makin disulam kiasan dan hati Abu berbunga. Hawa yang dulu tu datang nak secebis ihsan.
Hawa mengajak Abu berjumpa, dan Abu tidak menolak ajakan tersebut. Tak pernah ada perempuan yang mengajaknya keluar dan dia makin teruja kerana pelawaan itu datangnya dari Hawa. Dia on jelah lagi pun elaun baru dibayar. Dari masuk parking sampailah nak masuk tandas, serba serbi Abu payung macam tak ada hari esok. Kata Hawa, duit dia cukup-cukup untuk survive sehingga minggu ke 14. Luluh hati Abu mendengarnya sampai jadi bodoh macam kena rasuk.

Abu mula rasa Hawa is his everything dari subuh sampai malam tak jemu-jemu calling. Sebelum makan selepas makan they keep on updating, Bila Hawa lapar, “Ehhhhh you, I’m coming”.
Sampailah satu hari ini, Hawa said yang dia dapat good news yang dia dapat sambung degree di oversea di dalam course business studies.

“I balik, you sarung cincin dekat jari,” Hawa memberikan harapan kepada Abu.
Masa berjauhan Abu pun semakin rindu sehingga segalanya serba tidak kena. Main bola sepak gol terkena kepala keeper. Masa call dah tak sama macam yang dulu kerana waktu yang berbeza. ‘You kalau tak ada duit please beritahu,” offer si Abu dan Hawa dengar dia pun gembira.

Alhamdulillah duit main bola dah boleh beli seperti kereta menteri, dulu gigi jarang-jarang sekarang dah ada besi. Rambut dulu tidak terurus sekarang pun dah rapi. Habis empat tahun Abu pun dah ada degree dan dia masih setia dengan Hawa. Sayangnya pada Hawa belum basi. Hari-hari  rindu janji sampai nak ke mati.
Hawa study okay je, dean list for every semester dan every month ada je family visit dia. Tapi bila Abu nak datang dia tak bagi pula. Katanya housemate Arab diorang tak biasa. So Abu ok je dapat video call pun dia dah lega.

Dah nak dua tahun, Abu nak pergi sana Hawa tak bagi, alasannya kerana dia dah nak balik. Abu pun iya kan saja tak ada banyak bunyi, padahal dia dah siap-siap passport nak buat kejutan soon.
Pada satu hari, “Ding Dong!” bell berbunyi. “Eh? Siapa pulak datang hari Sabtu ini?” Hawa membuka tombol pintu dan nampak Abu tengah berdiri.

“Sayanggg I miss you!?” ditolak tangan Abu dan mukanya terus pucat lesi!
“Kenapa you datang sini? Kan I dah kata tunggu?!” aikkkkk Abu datang dari jauh pun dia nak marah.
Dia jemput Abu masuk “Eh mana perempuan Arab itu??”

“Errr diorang ada class, nanti diorang baliklah,”
Ahhh okay okay Abu pun nak pinjam toilet dulu. (Jeng jeng jeng) Abu nampak ada shaver untuk lelaki. Ahhh takkanlah, mungkin Hawa buat untuk shave kaki? Eh kenapa ada boxer dalam laundry? Ahhh entah-entah Hawa bawa tidur, dia kan ahli gimnasti? Selesai berhusnuzon dan bersihkan diri, Abu tanya mana bilik dia nak tidur nanti?

“Ehhh.. aa.. umm.. you tidur hotel boleh tak?”
Abu tak kisah sebab dia tak nak menyusahkan orang. Sudahlah datang secara tiba-tiba, takkan nak tidur rumah dia pula? Takde fikir banyak, “Okey sayang..”

Sampai saja di pintu, kaki Abu berhenti dan dia ternampak ada kasut lelaki.

“Sayang, are you being honest with me?”

“Ya Allah B, apa ni??” jawab si Hawa yang mula cuak macam nak mati.

“Okey, I nak rehat, I tak kacau you malam nanti,”

Tetapi Abu ini tidaklah bodoh macam labi-labi. He set a time, so that Hawa tak boleh lari. He knocked on her door and said ada delivery. PANGG!! Pintu terbuka dan lelaki ginger yang munculkan diri. Hawa masih nak pusing cerita, goreng sana sini so dia boleh cover.

Dia lupa agaknya yang Abu ini bukan datang bersendirian. Di belakang Abu, ada abang Hawa. Abang Hawa dah jelaskan yang adik perempuan dia tak pandai mana. Tetapi bila dah kena gertak, dia baru nak beritahu semua orang dan barulah Hawa duduk nak bawa berbincang. Tadi kejap macam kena rasukan ablasa, muka dah jadi merah, hilang seperti Monalisa. 

The guy is her boyfriend. Dia duduk satu bumbung sebab sewa sana mahal. Lagipun depa dua dah janji nak kahwin, setakat satu bilik apa ada hal bagi mereka? Her studies dah lama end, stripping and drugs dia tak kisah haram halal dan banyak kali sangkut tapi the only way is abortion.

Masa di Malaysia lagi Hawa dah reccee. Dia dah nampak Abu dalam televisyen. Wow! Player bola mesti banyak money, try ayat sikit Abu pun kata mari. Tak pernah disoal tak pernah dimaki, duit flow out tapi Abu masih bagi. Kalau tersungkur nanti, Abu mesti cari, kan dah janji nak jadi bini?

Pedih Abu hanya Esa yang tahu. Balik tanah air, Abu tak nak makan seminggu, kena palau hina diri senang kene tipu. Kesetiaanya ibarat garfu pada sudu. Main bola sasau kehilir kehulu, teringatkan Hawa kejam macam hantu. Dia dah tak nak bercinta, biarlah sampai situ.
“Bu, datang rumah kejap?”

Paculah si Abu dengan kereta baru. Sampai rumah Hawa otak dia jadi mendap,

“Sorry lambat bang, saya dari Kampung Baru.”

Abu pun diajak naik rumah sekejap, ada orang nak jumpa nak minta restu. Terbaring satu jasad kurus macam tinggal tulang, dihurung lalat kudis tak terbilang. Sayu pula hati Abu tengok Hawa terlentang.Nak menangis, jangannnn dia bukan orang!

Perlahan mata Hawa pandang Abu, nak bercakap tapi suara tinggal debu. Ditarik tangan tapi Abu masih kaku, titis air mata Hawa lemahkan hempedu.

“Hawa minta maaf bu….” runtun perempuan harapkan belas kasihan lelaki itu.
Tak tertahan, air mata Abu jatuh juga. Digenggam tangan Hawa biar semua jadi mudah.
“Abu maafkan, jangan buat lagi ya?” diusap ubun-ubun Hawa dengan tangan kasarnya dan tak semena-mena nafas Hawa jadi gundah!

Satu dua nafas ditarik dihela, dada naik turun. Abu dah tak boleh jaga, mama datang dekat adik dah mula rasa hiba, mata Hawa tutup dan dia pergi buat selamanya.
Terimbas kenangan dalam kelas 2 cempaka, Hawa gadis manis manja bila bersuara. Hebat bergimnas, anggun bergaya. Semua nak dekat. Abu apalah ada, elok bersantun berbudi dengan yang tua, tak pernah kasar elok bahasanya.

Tapi semua itu dah terkubur bersama Hawa. Abu redhakan hati jiwa dan rasa, andai janji untuk setia sampai mati yang Hawa minta. Tengok sekarang Abu belum ada pengganti dia, tak tertanding dengan perempuan yang ada. Sekarang hidup Abu hanya ada kenangan dan bola.

Sumber: @jijibank via The Reporter