60 orang ‘tergantung’ selepas rollercoaster tiba-tiba berhenti

OSAKA – Lebih daripada 60 pengunjung Universal Studios Jepun di Osaka terpaksa dibawa turun selepas rollercoaster yang mereka naiki berhenti secara mengejut menyebabkan mereka ‘tergantung’ di udara selama dua jam.

Dua pembawa yang diinspirasikan daripada Dinosaur Flying Jurassic Park itu berhenti secara tiba-tiba kira-kira pukul 4.45 petang, menurut media Jepun.

Satu kenderaan berhenti sejurus sebelum sampai ke terminal, tetapi sebuah lagi berhenti kira-kira 20-30 meter dari atas tanah.

Kakitangan taman tema terpaksa menyelamatkan 64 penumpang terkandas melalui lorong di sepanjang trek rollercoaster.

Namun tidak ada kecederaan dilaporkan.

Pengendali taman tema itu berkata, pihaknya telah menggantikan kerosakan pada bahagian kawalan motor yang menjadi punca kepada insiden tersebut.

Meskipun begitu, kebanyakan pengunjung taman tema itu masih berbaris panjang untuk menaiki rollercoaster sebaik sahaja permainan itu beroperasi semula selepas 7 malam.

Rollercoaster Flying Dinosaur sepanjang 1,120 meter itu mula beroperasi di taman tema itu pada Mac 2016 dengan mencapai ketinggian 37 meter dari tanah.

Kejadian seumpama itu bukan kali pertama berlaku dan pernah terjadi pada September tahun lalu dengan 30 penumpang terkandas apabila ia tiba-tiba berhenti, menurut NHK. 

Sumber: MalaysiaGazette

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*