AS lancar sekatan paling besar terhadap Korea Utara

WASHINGTON 24 Feb. – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan sekatan terbaharu terhadap Korea Utara sebagai usaha untuk mendesak negara itu menghentikan program senjata nuklearnya.

BBC melaporkan, sekatan terbaharu yang disifatkan terbesar itu melibatkan 56 buah kapal dan syarikat pengangkutan maritim.

“Jabatan Perbendaharaan akan mengambil tindakan termasuk menyekat sumber keuntungan dan minyak yang digunakan Korea Utara bagi membangunkan program nuklearnya.

“Sekatan terbaharu itu juga melibatkan ketenteraan Korea Utara dengan menyekat 56 buah kapal perang serta syarikat perkapalan dan perdagangan yang memberi bantuan kepada negara tersebut,” katanya.

AS telah melaksanakan sekatan terhadap Korea Utara sejak 2008.

Sumber: UTUSAN

 

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*