Baru Berusia 11 Tahun Tetapi Bakatnya Dalam Seni Hyper-Realistic Sangat Mengagumkan

Seorang kanak-kanak dari Nigeria bernama Kareen Waris Olamilekan yang juga dikenali sebagai Waspa baru berusia 11 tahun, tetapi telah mendapat perhatian dan pengiktarafan di peringkat antarabangsa kerana bakatnya yang luar biasa di dalam bidang seni halus Hyper-Realistik. Kareen Waris Olamilekan mula melukis semenjak berusia 6 tahun, dan subjek utama dalam hasil kerja hyper-realistiknya ialah lukisan potret. Kareen Waris juga melukis kartun dan komik.

Bakat melukis yang ditonjolkan oleh Kareen Waris Olamilekan akan membuat sesiapa sahaja yang melihatnya akan terpegun kerana berdasarkan kerja seni yang dihasilkan dengan penuh ketelitian dan sangat halus, ia bukan sesuatu yang sepatutnya dihasilkan oleh seorang kanak-kanak berusia 11 tahun. Di bawah adalah hasil kerja seni halus hyper-realistik Kareen Waris Olamilekan.

Ini adalah Kareen Waris Olamilekan atau ‘Waspa’ yang berusia 11 tahun dan berasal dari Lagos, Nigeria.

 

Bakat seni Kareen Waris mula mendapat perhatian dan pengiktirafan antarabangsa kerana lukisan yang dihasilkan kelihatan hidup.

Kanak-kanak berusia 11 tahun ini amat berbakat besar dan luar biasa, yang kini sedang mempelajari bidang seni halus di Akademi Seni Ayowole.

 
Kareen Waris memanggil dirinya “artis kecil”, yang sentiasa bermimpi untuk melihat hasil kerja seninya akan dipamerkan di muzium suatu hari nanti.

Kareen Waris mula melukis secara serius semenjak berusia 6 tahun.

Subjek utama lukisan hyper-realistik Kareen Waris ialah lukisan potret, yang kadangkala akan melangkaui  subjek lain juga.

 

Kareen Waris berkata, “Saya melukis wajah kawan-kawan. Saya juga melukis kartun dan komik. Saya melukis ilustrasi daripada buku teks dan suratkhabar.”

Setiap lukisan Kareen Waris akan mencipta kekaguman orang ramai dengan lakaran yang dihasilkan dengan penuh ketelitian bukanlah sesuatu yang selalunya dihasilkan oleh kanak-kanak berusia 11 tahun. Bakat seni Kareen Waris amat luar biasa.

Lukisan Kareen Waris dihasilkan dengan memperolehi inspirasi daripada apa sahaja perkara yang berlaku di sekelilingnya, terutama di kalangan ahli keluarganya.

Kareen Waris juga mendapat semangat dan inspirasi daripada dua idola yang sangat dikaguminya, artis terkenal Nigeria, Arinze Stanley dan artis legenda Itali sepanjang zaman, Michelangelo.

Hasil seni hyper-realistik Kareen Waris paling terkenal ialah sebuah lukisan yang dinamakan “Daily Bread”

Lukisan yang menggambarkan perasaan seorang budak yang sedang makan dalam keadaan berkeringat dan mengalirkan air mata.

Kareen Waris menjelaskan, “Keluarga saya, kami semua bekerja keras sebelum kami dapat meletakkan makanan ke dalam mulut, sebelum kami semua dapat makan.”

“Hasil kerja keras keluarga, itu yang memberi saya inspirasi”, kata Kareen Waris.

Walaupun Kareen Waris baharu sahaja menggunakan media sosial

Instagram Kareen Waris sudah mendapat perhatian dengan 38,000 pengikut yang amat terpesona melihat hasil kerja seni daripada pelukis kecil berbakat besar dan luar biasa ini.

Kanak-kanak 11 tahun dengan bakat seni luar biasa dan mengagumkan!

Kredit imej :  Instagram

Lihat video kat bawah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SinarViral
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @SinarViral

Sumber : Cerkosong

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*