Malaysia kutuk tindakan kekerasan Israel

PUTRAJAYA 15 Mei – Seluruh rakyat Malaysia mengutuk tindakan kekerasan Israel yang membawa kepada kematian 58 orang warga Palestin serta lebih 2,000 orang cedera dalam insiden bantahan terhadap pembukaan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Baitulmuqaddis, semalam.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan menegaskan, Malaysia menyatakan kebimbangan ekoran tindakan keganasan ditaja kerajaan itu akan membangkitkan sentimen dan tindak balas kekerasan yang tidak hanya terhad di peringkat Asia Barat.

Ujar kenyataan tersebut, tindakan kekerasan Israel itu juga akan menjejaskan usaha masyarakat global menangani keganasan.

“Kekejaman Israel yang menyalahgunakan kuasa atas alasan mempertahankan diri adalah pelanggaran jelas terhadap undang-undang antarabangsa.

“Malaysia menyeru komuniti antarabangsa untuk bertindak segera untuk mengatasi keadaan dan membendung lebih banyak mangsa dalam kalangan orang awam,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Kata kenyataan itu lagi, Malaysia menyeru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh terhadap insiden tersebut.

“Para pelaku itu harus dipertanggungjawabkan atas jenayah terhadap kemanusiaan,” jelas kenyataan tersebut. –

Sumber: UTUSAN ONLINE

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*