Kereta Proton Saga dalam siri sitkom Mr. Bean dikenang semula

Jika anda membesar ketika zaman-zaman 1990-an, pasti besar kemungkinan anda akan menyaksikan program sitkom popular, Mr. Bean bersama keluarga tersayang.

Jika diingatkan, gaya Mr. Bean yang dilakonkan oleh Rowan Atkinson sangat bersahaja dan tidak memerlukan dialog yang banyak. Meskipun begitu, ia sudah cukup untuk membuatkan kita semua berasa tidak kering gusi dengan aksinya.

Walaupun rancangan berkenaan berakhir pada tahun 1995, namun legasi Mr. Bean masih lagi terus kekal hingga ke harini. Baru-baru ini, di Reddit, terdapat pengguna yang mengenang kembali kereta nasional negara yang digunakan pada salah satu episod siri sitkom berkenaan.

Sebuah foto dimuat naik dengan kenyataan, “Saat apabila rakyat Malaysia bangga dan berasa patriotik ketika menyaksikan Mr. Bean”.

Pada ketika itu, kereta Proton Saga sememangnya boleh didapati di United Kingdom namun penggunaan kereta nasional itu untuk sebuah program televisyen adalah jarang berlaku.

Anda boleh saksikan video berkenaan di bawah:

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @SinarViral

Sumber: Mr Bean/Youtube, Says via EraBaru

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*