Rusia dakwa tiada perjanjian di PBB untuk gencatan senjata di Syria

NEW YORK 23 Feb. – Rusia semalam mendakwa tiada perjanjian yang dibuat di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk gencatan senjata selama 30 hari di Syria.

Sebaliknya Rusia mengemukakan pindaan terhadap draf resolusi yang membenarkan penghantaran bantuan dan pemindahan mangsa yang cedera akibat serangan bom di Ghouta Timur yang kini dikepung tentera Syria.

Duta Rusia ke PBB, Vassily Nebenzia berkata, Sweden dan Kuwait yang mengemukakan draf itu supaya diundi sedar bahawa tiada perjanjian dibuat untuk perkara itu. – AFP

Sumber: UTUSAN

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*