Trump adakan mesyuarat bincang isu Syria

WASHINGTON 12 April – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata beliau akan menemui penasihat teratasnya mengenai Syria hari ini dan berjanji mengumumkan keputusan mengenai kemungkinan tindakan ketenteraan di negara itu secepat mungkin.

Sebelum itu, jurucakap Pertubuhan bagi Pencegahan Senjata Kimia (OPCW) mengesahkan bahawa pasukan misi pencarian fakta badan itu sedang dalam perjalanan ke Syria dan akan memulakan operasi pada Sabtu ini.

“Kami akan mengadakan pertemuan hari ini mengenai Syria. Kita akan lihat apa yang bakal berlaku,” kata Trump dalam satu majlis perhimpunan penggubal undang-undang dan gabenor negeri di White House.-AFP

Sumber: UTUSAN ONLINE

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*