Kegigihan seorang wanita yang bekerja mengangkat guni simen demi menyara keluarganya memang cukup mengagumkan

Lelaki selalu dianggap mempunyai kekuatan fizikal yang jauh lebih hebat daripada wanita. Susuk tubuh yang tegap serta tindakan tangkas membuatkan mereka sentiasa menjadi pelindung wanita! Namun, kekuatan wanita juga tidak boleh dipandang sebelah mata. Apabila diperkatakan tentang pengorbanan, wanita itu boleh menjadi lebih ‘kuat’ daripada lelaki.

Seorang netizen China, Zhang Fang Fang, 28 diberi nama samaran “Wanita Simen” selepas gambar dia mengangkut guni simen di atas belakang badannya tular di internet.

Zhang kelihatan kurus dan langsing tetapi dia mampu mengangkut beratus-ratus guni simen di belakang badannya dalam sehari di mana setiap guni tersebut mempunyai berat mencecah 50 kilogram.

Zhang dan suaminya sama-sama bekerja di kilang simen untuk menyara kehidupan mereka bersama dua orang anak perempuan yang masih kecil.

Tidak lama kemudian, suami Zhang menghidap r4dang paru-paru dan tidak dapat meneruskan pekerjaannya lagi. Disebabkan keadaan itu, Zhang mengambil tugas utama menyara keluarganya.

Zhang terpaksa bekerja keras untuk memenuhi keperluan keluarganya. Ini bermakna Zhang perlu mengangkut lebih banyak guni simen untuk mendapatkan pendapatan yang lebih.

Ramai orang yang ingin membantu tetapi Zhang enggan menerima sebarang sumbangan. Menurut Zhang, dia tidak mahu bergantung kepada kebajikan yang diterima dari orang lain.

Kini, Zhang telah berhenti daripada pekerjaan tersebut dan melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Dia membuka perniagaan menjual makanan dan melakukannya dengan baik demi keluarganya.

Ramai orang mengucapkan tahniah kepada Zhang atas kejayaan dalam pekerjaan baharu tersebut. Mereka kagum dengan kegigihan Zhang yang sanggup berkorban untuk keluarganya.

Semoga kisah ini memberi inspirasi kepada kita semua untuk lebih bersemangat memajukan diri dan keluarga.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @SinarViral

Sumber : Vocativ/Youtube via EraBaru

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*