[5 Foto]“Pada Mulanya, Saya Bimbang..” – Faezah Elai Terkejut Imej Tudung Labuh Jadi Ikutan Ramai

KUALA LUMPUR: Keputusan Faezah Elai memakai tudung labuh atau khimar dalam drama rantaian Setelah Cinta Itu Pergi mempopularkan gaya muslimah itu.

Faezah, 37, tidak menyangka gaya itu menjadi ikutan biarpun pada mulanya risau jika imej bertudung labuh tidak sesuai dengan watak wanita kaya lakonannya.

Menurutnya, ramai peminat melayangkan mesej memaklumkan sudah mula menggayakan tudung labuh selepas melihat imej yang dibawanya dalam drama terbabit.

“Saya tak sangka rupa-rupanya ramai orang suka melihat saya menggayakan tudung labuh.

“Pada mulanya, saya bimbang apakah gaya itu sesuai dengan watak. Saya menghidupkan watak Ida iaitu seorang wanita kaya, bukannya ustazah.”

“Alhamdulillah, saya buat keputusan betul. Tak sangka wanita lain terpengaruh untuk menggayakan khimar,” katanya yang berkongsi paparan skrin mesej diutuskan peminat kepadanya melalui entri di Instagram.

Tambah Faezah, penerimaan itu membuktikan watak wanita bertudung labuh boleh dihidupkan dalam drama tanpa perlu terikut-ikut dengan fesyen hijab semasa.

“Saya fikir penonton lebih suka tudung berfesyen saja. Jadi, dalam hal ini, kita boleh pakai tudung labuh atau khimar dan tidak perlu lagi menunggu watak ustazah atau cerita agama sahaja,” katanya.

Selain Faezah, drama Setelah Cinta Itu Pergi membariskan Nina Iskandar, Fahrin Ahmad, Fizo Omar, Faye Kusairi, Azrel Ismail, Shah Jaszle dan Mardiana Alwi.

Karya arahan Heykal Hanafiah itu disiarkan menerusi slot Samarinda di TV3.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @SinarViral

Sumber: BeritaHarian via SweetNutella

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*