Apa Yang Budak Lelaki Usia 15 Tahun Ini Buat Sehingga Juri Asia Got Talent Ternganga

Sebelum ini tular di media sosial kumpulan yang mewakili Malaysia di dalam Asia Got Talent 2019. NAMA adalah nama kumpulan tersebut, dianggotai 4 gadis comel mereka berjaya ke peringkat seterusnya di AGT2019.

BERHIJAB dan tanpa solekan tebal di atas pentas menjadi dua perkara yang paling diingati tentang ‘Nama’, kumpulan a cappella yang berjaya menempah tempat ke pusingan seterusnya dalam ‘Asia’s Got Talent’.

Malah video uji bakat mereka berempat yang diadili sendiri oleh Anggun, David Foster dan Jay Park kini menjadi trending di YouTube Malaysia.

Lengkap dengan hijab, 'Nama' cipta nama menerusi Asia's Got Talent

Mereka menyanyikan lagu yang dipopularkan Lady Gaga, ‘Bad Romance’, dan mendapat sorakan penonton.

Empat sekawan ini merupakan alumni Universiti Malaya, yang mempunyai cita-cita besar untuk menjadi penyanyi sepenuh masa.

“Pentas ini menjadi platform untuk kami bersinar lantas membolehkan orang ramai mengenali kami,” kata salah seorang anggota Nama.

Sementara itu, rata-rata netizen memuji mereka kerana masih mengenakan tudung tatkala rancak membuat persembahan di pentas.

Siapa sangka matematik sebenarnya tidak membosankan. Baru berumur 15 tahun YAASHWIN SARAWANAN mencuba nasib dia Asia Got Talent 2019 dan bakat yang ditunjukkan adalah matematik. Bunyi macam boring bukan?

Apa yang adik ini buat bukanlah sesuatu yang mudah, kenapa kami kata begitu. Percaya tak, bahawa adik ini mampu mengalahkan mesin kira kira atau kalkulator. Bakat yang ditunjukkan oleh adik ini membuat juri AGT2019 terutamanya juri yang agak keras David Foster ternganga.

Lebih menakjubkan apabila, dia meminta semua penonton untuk turut sama mengira untuk periksa pengiraan dia betul atau tidak. Sememangnya dia layak digelar sebagai ‘Human Calculator’ kerana dia lebih laju dari kalkulator.

Tahniah kepada YAASHWIN SARAWANAN kerana berjaya mendapat 3 YES daripada juri dan layak ke peringkat seterusnya.

Apa yang adik ini buat memang bukan senang dan boleh dikategorikan sebagai genius. Ingat senang ke matematik hahaha!

Jom layan video tersebut.

Rata rata penonton yang menyaksikan persembahan beliau terhibur dan sudah pasti terpana dengan kebolehan adik ini. Semoga adik ini berjaya di peringkat seterusnya. Malaysia Boleh !

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @SinarViral

Sumber : KL Viral

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*