Butang Tercabut, Fizi Ali Risau Seluar Terlondeh Sewaktu Resepsi Perkahwinan!

Satu kejadian yang agak mencemaskan berlaku sebelum berlangsungnya majlis resepsi perkahwinan penyampai radio Suria FM, Fizi Ali bersama pelakon Shakilla Khoriri.

Butang seluar persalinan pengantin yang perlu disarungkan oleh Fizi tercabut dan ia mengundang rasa gementar bekas peserta rancangan realiti On Air musim pertama itu.

“Nak dijadikan cerita, butang seluar yang harus saya sarungkan di malam resepsi tercabut sebelum majlis berlangsung.

“Jadi, seluar tersebut hanya dilekatkan dengan pin. Saya rasa sangat risau dan gementar, takut-takut seluar terlondeh sewaktu majlis resepsi sedang berlangsung.

“Akhirnya, kerisauan saya tidak menjadi kenyataan dan seluar saya tidak menjadi mimpi ngeri di malam resepsi kami. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan,” kata Fizi ketika ditemui usai majlis resepsi mereka di Maju Juction, malam tadi.

Gembira kerana majlis telah selesai, pasangan ini bersyukur kerana segalanya berjalan dengan lancar.

“Saya rasa sangat bersyukur kerana semua telah selesai. Kami hanya mengadakan satu resepsi sahaja untuk kedua belah pihak.

“Mengenali Fizi, dia seorang jejaka yang sering ada apabila saya memerlukan. Usaha dia menambat hati saya membuatkan saya terpikat.

“Tak kira susah atau senang, kami sentiasa ada bersama dan saya rasa sangat gembira akhirnya kami dapat disatukan,” kata Shakilla pula.

Fizi sah bergelar suami Shakilla dengan dua kali lafaz pada jam 10.37 pagi semalam.

Merpati dua sejoli itu telah selamat diijabkalbulkan oleh bapa pengantin perempuan, Khoriri Markon di Dewan Chersonese Media Hall, Maju Junction Mall, Kuala Lumpur.

Majlis resepsi diadakan meriah malam tadi dan dihadiri oleh keluarga dan rakan selebriti.

Antara yang hadir ialah Hael Husaini, Ara Johari, Indah Ruhaila, Ameer Forteen, Bob Yusof, Azhar Osman, Ezzaty Abdullah, Azwan Kombos, Ezany Nizariff, penyampai Suria FM dan ramai lagi.

Teks oleh: Kamaruddin Razal

Foto: Instagram Fizi & @712studios.

Sumber: Gempak

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*