“Penceraian tak bermaksud kita harus membenci.”- Demi anak2 Fasha Sandha dan Jejai bersatu, hadir bersama-sama

Walaupun sudah hampir tiga tahun bercerai, perhubungan Fasha Sandha dan Rizal Ashram (Jejai) dilihat masih baik apabila mereka kerap dilihat bersama menguruskan perihal anak-anak walaupun sudah berpisah.

Sebentar tadi di laman Instagram Fasha Sandha, pelakon itu telah memuat naik beberapa foto menghadiri Konsert Akhir Tahun tadika kedua-dua anaknya Putri Raysha Jemaima dan Putra Rafqal Ramli. Namun apa yang menarik perhatian peminat adalah kehadiran Jejai yang duduk di sebelah Fasha.

Kehadiran Jejai dan Fasha yang bersama-sama menghadiri majlis akhir tahun persekolahan anaknya, telah mendapat pujian ramai, dan menyifatkan penceraian bukan penghalang bekas suami dan isteri untuk berbaik demi anak-anak.

Ibu dan Daddy proud of you sayang!

Rafqal tahun depan dah 6 tahun!

Penceraian tak bermaksud kita harus membenci…

Fasha Sandha dan Jejai serta anak-anak sempat mengambil foto keluarga, selepas majlis tamat. Foto itu telah menarik perhatian peminat apabila Fasha telah menulis kapsyen meluahkan perasaannya.

Penceraian tidak bermaksud kita harus membenci. Lakukan yang terbaik demi anak2 kecil yang tidak berdosa, agar anak2 membesar dalam suasana yang penuh dengan kasih sayang. Walau apa juga kisah di sebalik penceraian sesebuah rumahtangga biarlah hanya untuk pengetahuan orang dewasa kerana anak2 tidak sepatutnya tahu tentang permasalahan orang dewasa,kerana minda mereka tidak berupaya untuk memikirkan tentang masalah.

Aidil beri tanda Thumbs Up kepada Fasha dan Jejai?

Selepas Fasha Sandha memuat naik foto di IG, ramai peminatnya telah meninggalkan komen memuji tindakan Fasha dan Jejai yang mengambil langkah hadir ke majlis akhir tahun tadika anak bersama-sama.

Antara yang turut meninggalkan komen adalah rakan selebriti Dato Aliff Syukri, Zara Zya dan tunang Fasha iaitu Aidil yang turut memberi tanda Thumbs Up di ruangan komen IG Fasha.

Adil Zafuan pelase tengok contoh Fasha dan Jejai ni!

Indahnya jika semua pasangan bercerai, seperti Fasha dan Jejai

(Ogos) Diminta kembali bersama bekas suami, Fasha Sandha beritahu hatinya sudah dimiliki

GURAUAN di antara pelakon Fasha Sandha dan bekas suami, Rizal Ashram Ramli yang menggunakan kata ganti diri ‘duda’ dan ‘janda’ ketika mengucapkan selamat hari raya menerusi video dimuat naik di Instagramnya menjadi bualan pengikutnya.

Ramai di antara pengikut aktres jelita itu kagum dengan kedua-dua mereka yang masih mengekalkan hubungan baik walaupun tidak lagi mempunyai ikatan.

Malah ada mencadangkan agar Fasha dan Rizal atau Jejai kembali bersatu sebagai suami-isteri.Fasha yang membalas komen tersebut bagaimanapun memberitahu hatinya kini sudah dimiliki dan dirinya lebih bahagia kini berbanding sebelumnya.

“Hati saya telah dimiliki. Allah adalah sebaik-baik perancang. Saya lebih bahagia sekarang berbanding dulu.

“Kenyataannya kami dah berdamai dan meneruskan kehidupan. Yang tak move on adalah peminat. Sama-sama dah jumpa kebahagian masing-masing, Alhamdulillah,” tulisnya.

Fasha dan Jejai berkahwin berkahwin pada 27 April 2012 namun perkahwinan itu berakhir dengan perceraian pada 20 Januari 2016. Pelakon itu kini sedang berkawan rapat dengan aktor Aidil Aziz.

(18 Nov) Aidil Aziz, Fasha Sandha selamat bertunang dalam satu majlis sederhana

SPEKULASI mengenai pertunangan pelakon Fasha Sandha dengan Aidil Aziz akhirnya terjawab apabila pasangan ini mengesahkan mereka sudah melangsungkan majlis itu pada Ahad.

Fasha atau Nur Fasha Sandha binti Hassan, 34, memberitahu pertunangannya dengan Aidil telah berlangsung di kediamannya di Ampang, Selangor dan hanya dihadiri oleh keluarga dan sahabat terdekat sahaja.

“Syukur Alhamdulillah, majlis pertunangan kami berjalan dengan lancar. Majlis kami dihadiri oleh keluarga terdekat dan rakan-rakan karib.

“Saya bersyukur kerana Aidil dan keluarganya menerima saya dan anak-anak dengan baik sekali.

“Saya berharap pertunangan ini akan berkekalan sehingga ke perkahwinan,” katanya.

Fasha pernah berkahwin dengan usahawan Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 namun ia berakhir dengan perceraian pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 4 dan Putri Raysha Jemyma, 3 tahun.

Bertemakan warna ungu, Fasha kelihatan anggun mengenakan busana rekaan Rizman Ruzaini dan disolek oleh Alha Alfa.

Aidil menghantar tiga dulang hantaran dan berbalas lima dulang daripada pihak Fasha.

Fasha disarungkan sebentuk cincin tanda pertunangan oleh ibu Aidil iaitu Rokkiah Md Noor sambil disaksikan oleh ayah Aidil, Abdul Aziz Ishak dan kaum keluarga yang datang dari Rembau, Negeri Sembilan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SinarViral
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @SinarViral

Sumber : IG Fasha Sandha via EdisiMedia

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*