[GAMBAR] 8 Artis Malaysia Dan Antarabangsa Ini Mempunyai Muka Seiras, Ada Dah Macam Kembar

Memang betul lah kata orang dulu-dulu, manusia ini mempunyai 7 kembar di dunia. Cuma kadang-kadang kita sahaja yang tidak perasan, bila ada orang tegur barulah rasa macam kagum dengan kuasa tuhan dan yang paling best bila ada orang sama kan wajah tak seberapa ini dengan artis ternama. Perasaan bangga, suka semua ada masa itu.

Tapi tahu tak anda, sebenarnya ada beberapa artis negara kita yang wajah mereka seakan dengan artis antarabangsa. Pilihan artis-artis ini adalah dari pandangan mata penulis sendiri, setiap kali melihat mereka di kaca televisyen pasti penulis teringatkan ‘kembar’ si artis tersebut.

Nak tahu siapa mereka? Jom scroll…

1 Bront Palarae vs Ryan Gosling

Jauh dari dua benua yang berbeza, namun apa memberi persamaan antara Bront dan Ryan ialah bentuk muka, dahi dan bibir yang nipis.

2 Kilafairy vs Sofia Vergara

Seksi, cantik dan jelita. Kilafairy dan Sofia mempunyai raut wajah berstruktur, bibir mungil dan rambut yang panjang mengurai. Kalau mereka dapat berlakon sama-sama ini boleh digandingan sebagai adik-beradik.

3 Bella Astillah vs Selena Gomez

Dua-dua memang comel! Bentuk muka, bibir dan mata memang seiras kot!

4 Shila Amzah vs Jessica Jung

Tak usah dolak-dalih lagi, kalau anda buat carian google pasti ada sahaja peminat menyamakan wajah Shila dengan bekas penyanyi kumpulan SNSD, Jessica Jung. Kebetulan pula gambar ini mereka berdua senyum dengan gaya yang sama.

5 Shukri Yahya vs Aamir Khan

Cuba anda tengok kening dan mata Shukri dan Aamir, sama kan? Perhatikan pula bentuk telinga mereka, pun sama juga kan? Penulis rasa, boleh lah Shukri terbang ke Bollywood berganding dengan Aamir Khan. Hehehe.

6 Dato’ Siti Nurhaliza vs Britney Spears

Sejak kecil lagi penulis perasan wajah Dato’ Siti lebih kurang dengan penyanyi sensasi Britney Spears. Mungkin mata galak mereka memberi gambaran persamaan wajah diantara mereka. Walaupun Britney muda 3 tahun dari Dato’ Siti, tapi Dato’ Siti tetap nampak forever young!

7 Ziana Zain vs Jennifer Lopez

Dua penyanyi lagenda tahun 80-an bukan sahaja rupa yang sama, malah mereka juga kekal awet muda walaupun umur sudah menjangkau 40 tahun. Cayalah!

8 Harris Baba vs Zayn Malik

Rupa mereka berdua ala putera diraja Arab sahaja. Dari gaya rambut sehingga lah gaya jambang mereka tak banyak beza pun. Adakah mereka ini kembar terpisah jauh?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @SinarViral

Sumber : wanista.com/swettnutella

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*