“Sayang,kita jumpa di sana”- Ifan Bawa Diri, Luah Perasaaan Menerusi Lagu

Kehilangan isteri tercinta dalam bencna tsvnami di pantai Carita, Wilayah Banten, December lalu, vokalis kumpulan Seventeen, Ifan berdoa dapat kembali ke pangkuan Allahyarham Dylan Sahara di akhlrat kelak.

Melalui entri yang dimuatnaik di Instagram, Ifan atau nama sebenarnya, Riefian Fajarsyah, 35, meluahkan rasa cinta yang mendalam terhadap Dylan yang disifatkan sentiasa berusaha menjadi isteri terbaik.

“Isteriku bukan manusia sempurna, begitu juga aku. Tetapi dia tidak pernah berhenti berusaha menjadi isteri yang baik. Aku tahu kamu mencuba yang terbaik dan ia bukan mudah, tetapi kamu berjaya sayang.

“Buatku, memang dia isteri terbaik yang diberikan Allah. Aku tak mungkin minta lebih Ya Allah.

“Sayang, Allah mempertemukan kita, Allah juga yang memisahkan kita. Doakan suamimu menjadi suami yang soleh, biar aku dapat menuntut hakku buat berpasangan denganmu di akhlrat nanti untuk selamanya.

“Hanya Allah saja yang tahu betapa besarnya perasaan aku terhadap kamu. Aku Cinta kamu Dylan Sahara,” katanya.

Ini pula merupakan posting terbaru dalam akaun Instagram, Ifan juga masih berkongsi saat-saat indah bagi mengenang Dylan. Kali ini menyambut tahun 2019, Selasa lalu, Ifan kembali melakukan hal yang sama.

Dalam posting berbentuk video yang berisi paparan skrin Instagram Dylan, terdengar juga suara Ifan menyanyikan lagu “I’ll Never Love Again” yang dipopularkan oleh penyanyi Lady Gaga dalam filem “A Star Is Born”. Ifan meluahkan rasa sesal pada posting Dylan pada tahun 2017 lalu. Dalam posting ketika itu, Dylan sempat bingung siapa yang akan mencium Ifan bila dirinya telah tiada.

Posting Ifan tersebut mengundang komen ratusan pengikutnya di Instagram. Rata-rata mereka kembali memberi semangat dan sokongan agar Ifan bertambah kuat.

Selain kehilangan isteri, Ifan mengesahkan teman band iaitu Andi yang juga pemain dram; Bani (bes), Herman (gitaris); Ujang (kru) dan Oki Wijaya (pengurus) turut terk0rban dalam malpet4ka itu.

Kini Ifan ‘Seventeen’ dekatkan diri pada agama

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SinarViral
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @SinarViral

Sumber : SweetNutella

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*