Kempen Boikot Besar-Besaran Neelofa Tular Di Media Sosial

Penangan kontroversi Neelofa yang mengadakan majlis pelancaran tudungnya di sebuah kelab malam terkenal. Zouk hangat diperkatakan. Bukan sahaja Neelofa, malah selebriti media sosial, Nisa Kay turut terpalit kontroversi yang sama gara – gara menari di majlis itu. Pelbagai kecaman terus diterima namun Neelofa mengambil keputusan untuk tidak lagi mengambil peduli sebarang kata – kata dari netizen.

Kempen Boikot Neelofa Tular

Hasil tinjauan kami di Facebook, terdapat sebuah gerakan yang telah melancarkan kempen boikot Neelofa secara besar – besaran gara – gara mengadakan majlis seumpama itu di tempat yang tidak sepatutnya.

Sehingga kini mesej kempen tersebut telah mendapat hampir 30 ribu perkongsian di Facebook dan semakin tular. Malah jumlah pengikut Neelofa di Instagram juga dikatakan semakin menurun secara mendadak.

Neelofa Perjelas Hal Sebenar

Dalam perkembangan lain. Neelofa turut menjelaskan bahawa premis berkenaan telah diubah dari sebuah kelab kepada ruang acara untuk program pelancaran produknya. Malah segala alkohol juga tidak dihidangkan disamping menyifatkan netizen seperti melampau membuat andaian sendiri.

“Saya tak apa-apa pun (dengan tohmahan) kerana tahu apa yang saya lakukan. Tempat itu sendiri sudah ditukar dari pusat hiburan ke lokasi acara.
Malah, tiada alkohol pun dihidangkan. Sesiapa yang ada di situ tahu kisah sebenar. Orang yang tiada di sana pula melebih-lebih”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: Soya Lemon 

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*