Tak Sangka Mummy Iqy Ini Rupanya Finalis Dewi Remaja Tahun 2010.

Pujaan Hati Kanda yang ditayangkan di Slot Akasia TV3 mulai jadi sebuutan ramai. Menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Remy Ishak, Mira Filzah, Reen Rahim dan Taufiq Hanafi, ramai yang tidak mahu melepaskan peluang untuk menonton drama ini yang bersiaran setiap hari pada jam 7 petang. Watak fatimah atau lebih di kenali fati dalam pujaan hati kanda slot akasia di bintangi Azar azmi tarik perhatian ramai. Banyak fakta best tentang mummy Fati ni. Jom kita tengok.

Nama penuh: Siti Azar Ameerah binti Azmi

Nama popular: Azar Azmi

Tarikh lahir: 13 Mac 1989

Umur: 29 tahun

Kelahiran: Rembau, Negeri Sembilan, Malaysia

Pekerjaan: Pelakon, model dan usahawan

Media sosial: Instagram @azarazmi

Fakta Menarik

1. Anak ketiga daripada lima adik-beradik.

2. Pernah menyertai Dewi Remaja 2010 iaitu sebuah pertandingan kecantikan gadis remaja Malaysia anjuran majalah Remaja. Beliau bersaing dengan Neelofa (juara), Izara Aishah (naib juara), Anzalna Nasir, Syatilla Melvin dan Ramona Zamzam.

3. Dalam bidang perniagaan, Azar merupakan pengasas yang mengusahakan produk kosmetik ZS Instant White dan butik AZARHOF.

4. Kerjayanya sebagai pelakon bermula sebelum penyertaan dalam Dewi Remaja lagi, walaupun hanya memainkan peranan sebagai watak tambahan semata-mata untuk mendapatkan pengalaman dengan bayaran serendah RM50 hingga RM100.

5. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2010.

6. Beberapa drama dan telefilem dibintanginya ialah Mr. Boss Miss Stalker, Mukhlis (Musim 2), Suri Hati Mr. Pilot, Biar Aku Jadi Penunggu, Syurgaku Tak Sempurna, Red Velvet, Gerak Khas, Bayangan Emilia, My Coffee Prince (penampilan istimewa), Tiada Arah Jodoh Kita, Uniknya Cinta, Cinta Fatamorgana, Isteri Untuk Diiktiraf, Terbaik Dariku dan Pujaan Hati Kanda.

7. Dicalonkan dalam kategori Artis Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017.

Sinopsis drama pujaan hati kanda

Drama yang mengisahkan Danny lakonan pelakon handsome Remy Ishak, seorang playboy yang sudah insaf dan mahu membina kehidupan baru dengan bersedia untuk berumah tangga. Tapi tidak semudah yang dirancang. Dugaan pertama, ketika hari pernikahannya, dia menerima satu hadiah iaitu bayi yang diletakkan di ruang legar masjid bersama kad ucapan dan sijil kelahiran.

Anak ini perluu kan ayahnya. Saya serahkan kepada yang berhak. Peliharalah anak ini dengan penuh kasih dan sayang. Selamat pengantin baru. – Gadis Misteri

Bayangkan penerimaan calon isterinya pada masa itu. Terk edu dan terkejut dengan peristiwa itu. Nadine si pengantin perempuan terus ambil keputusan enggan meneruskan pernikahan mereka selagi misteri kehadiran bayi itu tidak terungkai. Majlis pernikahan dibatalkan dan Danny perlu bertanggungjawab ke atas bayi itu.

Maka bermula kehidupan Danny yang tunggang terbalik. Danny terpaksa mencari pengasuh yang sudi menjaga Rizqi sementara dia menyiasat siapa sebenarnya ibu kepada Rizqi dan benarkah Rizqi anak kandungnya.

Dalam kesuulitan, Danny dipertemukan dengan Tiara lakonan Mira Filzah dan juga gandingan nya dalam drama yang tengah hot sekarang Drama Lelaki kiriman Tuhan yang bersiaran,

Tiara adalah seorang pelajar universiti yang kesempitan wang ringgit dan dalam berusaha untuk mencari wang poket. Untuk mendapatkan persetujuan Tiara untuk menjaga baby tersebut Danny merahsiakan perkara sebenar mengenai identiti bayi itu.

Tiara hanya mengetahui Danny adalah seorang duda yang kemaa tian isteri.Tanpa diduga, cinta mula berputik antara Danny dan Tiara. Dalam masa yang sama, Danny masih berusaha menjejak gadis misteri demi sebuah kebenaran dengan apa cara sekalipun sekali gus membongkar misteri yang membelenggu hidupnya.

Semuanya berjalan lancar sehinggalah Tiara tamat pengajian dan perlu pulang ke kampung. Siapa yang harus menjaga bayi tersebut? Danny perlu berkerja dan dalam masa yang sama harus merungkai misteri bayi tersebut. Hendak atau tidak, Tiara terpaksa membawa bayi itu pulang ke kampung dengan memberitahu keluarganya yang dia kini mengasuh anak kepada duda yang kemaa tian isteri.

Berjayakah Danny menjejaki siapa ibu bapa kandung Rizqi? Bagaimana pula hubungan Danny dan Nadine selepas itu.

Hurmm tertanya tanya juga kesudahan drama ini. Kita tonton hingga ke akhir rancangan okay. Untuk mereka yang terlepas rancangan ini jangan risau boleh catch up di www.tonton.com.my

Saksikan Pujaan Hati Kanda bermula 20 Disember 2018, pada setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam hanya di Tv3.

Scene yang paling kelakar yang dilakonkan oleh Azar Azmi yang memegang watak sebagai Fatimah atau nama glamournya Fati.Laju bukan Fati kata “tak boleh” banyak kali.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SinarViral

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @SinarViral

Sumber: youtube via CoretanMedia

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*