Ramai Yang Simpati, Adibah Noor Nak Jual Rumah

PENYANYI, Adibah Noor menerusi akaun Twitter miliknya memaklumkan ingin menjual kediamannya di Cheras, semalam.

Menurut penyanyi Terlalu Istimewa itu, keputusan tersebut dibuat kerana berdepan dengan keadaan yang disifatkan sebagai waktu sukar.

“Times are bad. selling my place in cheras.

“1540 sq ft condo unit, 3 rooms 2 baths, huge kitchen. big balcony, 7th floor.

“Ada ke orang nak beli? Harga? Ratus-ratus ribu sahaja,” tulisnya.

Meskipun ada beberapa orang yang bersimpati dengan situasi yang dialaminya kini.

Bagaimanapun, posting berkenaan berjaya menarik minat orang ramai untuk membeli.

Harga Rumah Tak Mahal

Ada Yang Kaitkan Dengan Politik? Tak Mungkin la

Ada Yang Doakan

Harap Yang Terbaik

Bahkan, sehingga ini ia telah diulang kicau sebanyak 504 pengguna Twitter. Apapun Harap Segala Urusan Kak Adibah Noor Dipermudahkan. Sumber Sinar Harian

ADIBAH NOOR jual baju AJL 21

SUDAH dijual! Dress merah yang dipakai sewaktu menjuarai Anugerah Juara Lagu ke 21, sudah jadi milik orang lain.

Penyanyi Adibah Noor memberitahu, “Selepas kemenangan malam itu, setahun kemudian pada satu karnival di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, saya jual baju.

“ Ketika itu, tengah berjinak jinak dengan bisnes jual baju terpakai. Dan saya jual baju sendiri. Tak salah saya, baju tu saya jual dengan harga lebih kurang RM200 saja walaupun harga asalnya lebih RM1000 dan direka oleh designer terkenal Calvin Thoo.

“Saya bukan saja jual baju itu, malah banyak baju yang lain untuk yang berbadan saiz macam saya.”

Inilah baju sewaktu kemenangan menjuarai Anugerah Juara Lagu ke 21. Sebelahnya ialah Azlan Abu Hassan, pencipta lagu Terlalu Istimewa,

Dan Ahad lalu, ketika bertemu dengannya, Adibah Noor di tingkat bawah gedung membeli belah Melawati Mall.

”Sewa tapak hanya selama tiga hari saja di sini dalam lebih RM600. Saya bukan sahaja jual baju terpakai tetapi juga baju baru. Dan, baju terpakai saya ini yang pernah dilaram pada show di sana sini.

“Alhamdulillah, ada yang membeli. Pakaian-pakaian terpakai saya ini, paling mahal pun dalam RM300.

Bersama peminat

“Dan baju baru dijual pula dengan harga serendah RM100 sahaja. Yang baru ini, saya minta tukang jahit buat ikut saiz baju saya yang dibeli di luar negara.

“Insya Allah lepas-lepas ini, saya nak buat saiz dari S sampai XXL dan besar lagi kerana dah ada permintaan terhadap jenama Adibah Noor,” ceritanya ketika ditemui.

Tidak dinafikan harga jualannya terlalu murah sedangkan fabrik, corak dan rekaannya layak dijual lebih daripada harga yang ditetapkan.

Katanya, dia dan pihak pengurusannya setuju jenama pakaian Adibah Noor biar harga mesra pelanggan.

Malam itu, ahli perniagaan terkenal, Datin Yurni antara yang bertandang memberi sokongan kepadanya ketika terlihat Adibah Noor di situ.

Kata Datin, “ Saya suka corak, kain dan style baju jenama Adibah Noor yang dah terpakai ini. Boleh dipakai untuk majlis makan malam dan lain-lain. Kalau saiz besar saya boleh minta tukang jahit kecilkan ikut bentuk badan. Harga yang dijual Adibah memang murah.”

Seronok melayan pelanggan…antaranya Datin Yurni yang membeli lebih sehelai baju terpakai Adibah Noor

Adibah Noor menafikan minat terhadap menyanyi sudah pudar kerana berniaga pakaian.

“Saya buat ni suka-suka saja. Saya masih menyanyi dan buat hosting di merata majlis makan malam, Insya Allah, mahu terus menyanyi, rakam lagu baru juga, ” kata pengacara Bintang RTM 2018 ini.

“Kalau ada rezeki hujung Mac ini akan turun berniaga di Singapura atau kembali ke Melawati Mall, “ katanya. Sumber urtv

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SinarViral
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @SinarViral

Sumber: urtv Via Memorikini

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*