“Saya menangis bila tengok kaki anak saya, tengok mata, tambah2 tengok jari-jari kaki” – Rita

Lima tahun hidup sebagai ibu tunggal nyata bukan satu tempoh mudah bagi Rita Rudaini. Namun, ia juga bukan hal yang mustahil bagi aktres jelita ini untuk mengecap kebahagiaan di samping dua putera kesayangan. Mengakui mudah tersentuh setiap kali melihat anak-anaknya lena diulit mimpi pada malam hari… Rita bagaimana pun rasa puas kerana hasil kudrat dan kerja kerasnya, dia mampu melihat Airit Rayyan Rizqin, 9 tahun dan Airit Qaqa Arjuna 5 tahun membesar di depan mata.

Ditemui ketika sesi fotografi muka depan Nona Edisi Oktober 2018, Rita yang kekal awet muda, ceria dan matang terbuka berkongsi kisah peribadi. Tatkala ditanya apa yang boleh membuatkan dia menangis, ibu berusia 42 tahun ini tersenyum sebelum melontar bicara.

“Saya menangis bila setiap kali saya tengok anak-anak saya tidur tengah malam. Masa tulah saya macam sedih.. bila tengok kaki anak saya, tengok mata, tengok semua seluruh badan mereka. Tambah-tambah bila tengok jari-jari kaki anak saya dah besar.

Itu yang kadang-kadang saya boleh nangis seorang. Saya tak sangka dah besar anak saya sekarang dan sampai besar begini saya boleh bela mereka.. daripada baby sampai ke hari ni. Jauh lagi perjalanan saya,” terang Rita yang mengagumi pesona selebriti Hollywood, Richard Gere yang disifatkan sebagai seorang lelaki yang romantik dan sedap mata memandang.

Meskipun perwatakan dirinya seperti seorang wanita Melayu yang penuh kelembutan namun Rita sebenarnya wanita yang cukup lasak. Telusnya, “Dari kecil saya memang jenis suka lasak dan main senapang dengan adik-beradik lelaki. Jadi, memang waktu itu saya hitamlah macam lelaki. Disebabkan dari kecil dah gemar aktiviti lasak, sebab itu juga saya tak suka warna seperti merah dan pink. Nampak macam perempuan sangat.. ayu, girly dan lembut walhal saya bukan jenis yang seperti tu.

Diminta mengulas tentang penglibatan wanita di gimnasium, Rita cukup positif menerima situasi berkenaan. “Wanita memang perlu ke gym sebab kena jaga stamina, jaga badan dan jaga kesihatan. Ini semua memang perlu.”

Awal Mei lalu, Rita melancarkan buku biografinya ‘Kerana Aku Seorang Perempuan’ yang mendapat sokongan penuh daripada para peminat. Khabarnya, naskhah istimewa Rita ini juga laris di pasaran! Tahniah Rita.. moga kisah hidup anda menjadi sumber inspirasi dan kekuatan buat kaum ibu tunggal yang lain.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: nona.com via SweetNutella

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*