“Saya Serah Ketentuan Allah” – DS KHALID MOHD JIWA

SUAMI penyanyi tersohor negara,  ahli perniagaan popular, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa berserah pada takdir mengenai rezeki anak kedua dengan isterinya, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin.

“Kami tak rancang nak lewatkan soal anak kedua, kalau dah rezeki alhamdulillah.

“Tak ada plan mengelak lebih awal, selepas lahirnya  Siti Aafiyah, kalau ada…dalam masa terdekat adalah, saya serahkan pada ketentuan Allah,” jawabnya kepada URTV Online, ketika Huzz merisik khabar tentang anak kedua, sebentar tadi (pagi 11 Januari 2019).

Siti pernah melahirkan hasrat hati mahu anak lagi  ketika kami berbual sebelum ini, setelah Aafiyah kian membesar (nak masuk setahun April ini).

“Mungkin, setahun dua lagi kot, sekarang pun Siti masih menyusukan Aafiyah, “kata Siti.

Apatah lagi Siti sedang sibuk untuk konsert jelajah tiga bandaraya (Jakarta, Singapura dan Kuala Lumpur) awal tahun ini yang 70 peratus jualan tiket sudah habis dijual dan dijangka ke London untuk konsert kali kedua di Royal Albert Hall, April ini.

Secara eksklusif untuk URTV Online Datuk Seri  Khalid atau yang popular sebagai Datuk K juga mengaku ada pengalaman manis lebih 11 tahun berumah tangga dengan Siti.

“Siti seorang  isteri yang baik dan penyayang. Saya bahagia dan  mencintainya,” kata Datuk K.

Dan malam ini beliah  mengadakan  majlis istimewa untuk isteri sempena ulang tahun ke 40 di sebuah lokasi khas dan mengundang ramai tetamu.

Teringat juga kata kata Datuk K kepada Huzz  sebelum ini, “Siti isteri ke syurga.”

Ketika itu, beliau terharu Siti menjaganya , memandikan, menyuap makan dan sentiasa ada disisi, sepanjang beliau terlantar dan menjalani rawatan cedera parah  akibat jatuh motosikal di New Zealand, tak lama dulu.

Tahun ke tahun, rumah tangga mereka diserikan dengan kemewahan  kasih sayang. Lelaki berkumis ini mengaku, makin hari cinta makin dalam terhadap Siti.

Apakah hadiah untuk ulang tahun kelahiran isteri?

Jawabnya merendah diri, “Tak ada yang istimewa.”

Yang pasti, setiap tahun ada sahaja yang mewah dan berharga, bukan pada majlis hari jadi sahaja. Datuk K juga selalu mendoakan isteri.

Sebetulnya doa Datuk K kepada isteri jauh lebih berharga daripada hadiah mewah bernilai yang dibeli.

Doa seorang suami sebenarnya sangat bermakna dan besar buat isteri, lantaran syurga itu dibawah telapak kaki suami.

Kepada Datuk Seri Khalid dan isteri, URTV doakan kekal bahagia sampai ke Jannah…Amin

Siti rai hari lahir bersama ibu

Majlis sambutan ulang tahun ke-40 Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, malam tadi, ibarat serampang dua mata buat penyanyi tersohor itu apabila beliau turut meraikan hari lahir ke-67 ibunya, Siti Salmah Bachik.

Pada majlis penuh bermakna itu, Siti menghadiahkan wanita kesayangannya seutas gelang tangan emas.

“Hari jadi ibu Siti jatuh pada 31 Disember lalu dan kebetulan pada waktu itu Siti bercuti ke Dubai, bersama suami dan anak. Jadi, memang tak berkesempatan untuk meraikan hari lahirnya bersama-sama.

“Justeru, malam ini (malam tadi), Siti mengambil peluang majlis hari lahir Siti untuk sama-sama meraikan mak. Hadiah gelang emas itu pula Siti hadiahkan sebagai tanda kenangan buatnya.

“Siti pernah juga memberikan hadiah lain seperti beg tangan berjenama untuknya, tetapi dia jarang menggunakannya. Sebaliknya, mak Siti lebih selesa pakai beg biasa.

“Biasalah orang tua… Mak Siti pun memang seorang yang sangat ringkas dan bersederhana,” kata penyanyi Anta Permana itu ketika ditemui pada majlis Celebrating Datuk Seri Siti Nurhaliza’s 40th Golden Year di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.

Ditanya mengenai hadiah daripada suami tercinta, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, sempena hari jadinya kali ini, pemenang Anugerah Sri Perak, Anugerah Bintang Popular BH 2012 itu agak keberatan untuk mendedahkannya.

“Memang suami ada memberikan Siti hadiah, tetapi rasanya tak perlulah Siti kongsi. Bagi Siti, kasih sayangnya selama ini sudah cukup untuk menjadi hadiah paling istimewa.

“Penat lelah dan usahanya menganjurkan acara malam ini juga sudah dianggap hadiah buat Siti. Jujurnya, Siti memang langsung tidak ambil tahu apa-apa mengenai majlis ini. Dialah yang menguruskan semuanya, termasuk soal jemputan dan sebagainya.

“Apabila Siti sampai tadi, memang terkejut melihat kemeriahannya dan rasa sangat terharu atas usahanya itu,” ujar Siti yang kelihatan anggun dalam persalinan keemasan yang juga tema majlis.

Antara selebriti yang hadir memeriahkan acara ialah Fasha Sandha dan tunangnya, pelakon Aidil Aziz, Faizal Tahir, Nelydia Senrose, Jaclyn Victor, Hael Husaini, Farah Nabilah, Izara Aishah, Hisyam Hamid, Khai Bahar, Syafiq Farhain, Sissy Iman, Fara Hezel, Elvira Arul dan ramai lagi

Hari ini, sebuah lagi majlis meraikan penyanyi nombor satu negara itu dianjurkan, membabitkan kelab peminatnya, Sitizone.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SinarViral
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @SinarViral

Sumber: URTV & BH Online via MediaOhsem

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*