“Segan pun ada ni” Kata Siti Nurhaliza Selepas Nama Jadi ‘Trending’ Pada Hari Lahir Ke 40

PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza mencipta sejarah tersendiri apabila namanya menjadi perhatian di laman sosial Twitter sempena ulang tahun kelahirannya ke 40 pada Jumaat iaitu 11 Januari 2019.

Tiga trending yang menggunakan kata kunci #sitigolden40th, TokTi dan Siti Nurhaliza adalah perkataan yang hangat diperkatakan netizen di laman sosial itu sejak pagi Jumaat.

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan penyanyi kesayangan Malaysia itu.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Anta Permana ini turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang memberi ucapan dan mendoakan yang terbaik untuk dirinya.

“Segan pun ada ni. Alhamdulillah, terima kasih banyak-banyak ye,” tulisnya.

Siti ucap terima kasih kepada yang memberi ucapan hari jadi kepadanya.

Sementara itu, pengurusnya Rozi Abdul Razak berkata, apa yang dilalui oleh penyanyi itu adalah bayaran daripada segala cabaran yang dihadapinya sebagai seorang anak seni.

“Bagilah dia peluang, hari jadi diakan hari ini, tiga sekali tu trending.

“Kadang-kadang, Allah duga kita, Allah beri kita cabaran, Allah limpahkan kita suka duka, bahagia, perit, berjaya, jatuh, aniaya, fitnah dan macam-macam untuk menghadirkan sesuatu, hanya dia saja yang dapat ‘menikmati’ erti segala sesuatu itu,” ujarnya.

Penyanyi berasal dari Kuala Lipis, Pahang ini dilahirkan pada 11 Januari 1979.

Siti berkahwin dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006 dan hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan Siti Aafiyah yang kini berusia sembilan bulan.

Majlis meraikan ulang tahun kelahiran Siti Nurhaliza kali ini akan di adakan pada malam Jumaat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

MENGINJAK usia 40 tahun memberi makna mendalam buat penghibur kesayangan negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin yang diterjemahkan dalam bentuk  gelang emas dihadiahkan untuk bonda tercinta, Siti Salmah Bachik.

Isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa ini berkata, hadiah tersebut sebagai tanda terima kasih terhadap pengorbanan ibu yang melahirkannya pada 11 Januari 1979. 

“Mak saya seorang yang sangat sederhana, saya bagi apa jenis beg sekali pun dia tetap gemar beg yang dia suka. Dia seorang wanita yang seadanya.

“Saya tidak berkesempatan untuk memberi hadiah pada hari jadinya yang lalu kerana saya berada di Dubai. Selain itu, suami juga sudah terapkan amalan ini apabila menghadiahkan cincin kepada saya sebagai tanda pemberian daripada Aafiyah kerana melahirkannya. 

“Saya mahu buat perkara yang sama iaitu menghargai ibu saya setiap kali ulang tahun kelahiran saya,” ujarnya kepada mStar Online

Siti menghadiahkan gelang emas kepada ibunya Siti Salmah Bachik (dua dari kiri – foto kiri).

Siti ditemui pada majlis sambutan ulang tahunnya ke 40 yang diadakan Dewan Tun Hussein Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada malam Jumaat. 

Siti berkahwin dengan Khalid pada 21 Ogos 2006 dan hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Siti Aafiyah yang kini berusia sembilan bulan. 

Dalam pada itu, ditanya tentang hadiah yang diterima daripada suaminya, Siti berkata, masa dan ruang yang diluangkan dengan bercuti adalah yang paling berharga.

“Baru-baru ini suami membawa saya bercuti dan habiskan masa bersama. Pada saya masa dan ruang serta kasih sayang yang dia berikan adalah hadiah paling bermakna daripada harta benda yang dia berikan kepada saya. 

Peminat-peminat Sitizoner yang hadir majlis ulang tahun Siti Nurhaliza.

“Selain itu majlis malam ini juga diuruskan sepenuhnya oleh dia dan saya tidak ambil tahu apa pun. Tetamu semua dia yang uruskan.

“Suami saya adalah seorang yang ambil berat dari setiap sudut dan majlis ini adalah salah satu yang dia dah buat untuk saya,” ujarnya. 

Dalam pada itu Siti pada ucapannya turut meluahkan kata-kata romantis terhadap suami yang sentiasa membahagiakan dirinya. 

Penyanyi lagu Anta Permana ini berterima kasih atas usaha Datuk K yang memberi peluang kepada dia untuk meraikan hari istimewa ini bersama rakan-rakan dan ahli keluarganya. 

“Terima kasih kerana bahagiakan saya. Terima kasih memberi peluang kepada saya berkumpul dengan kawan-kawan artis dan sahabat.

“Saya bersyukur dengan apa yang dimiliki sekarang. Lebih daripada cukup. Allah juga kurniakan impian saya untuk memiliki anak, Alhamdulillah,” ujarnya. 

Pasangan bahagia iaitu Datuk K, Siti Nurhaliza dan permata hati mereka Siti Aafiyah.

Majlis yang bermula pukul 9 malam itu dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak, pihak media dan rakan-rakan terdekat pasangan itu. 

Siti tampil dengan busana berwarna kuning keemasan sedondon dengan anaknya Siti Aafiyah dalam rekaan Rizman Ruzaini. 

Kira-kira 400 tetamu itu hadir termasuk rakan-rakan artis seperti Fasha Sandha, Nelydia Senrose, Farah Nabilah, Fara Fauzana, Fouziah Ghous dan Hisyam Hamid. 

Selain itu, tetamu dihiburkan dengan persembahan Faizal Tahir, Khai Bahar, Lan Solo, Hael Husaini dan Jaclyn Victor.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SinarViral
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @SinarViral

Sumber: Mstar via GengJoyah

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*