‘Sufian Suhaimi’ kerja jadi Pak Guard di Seri Manjung

TULAR di media sosial, gambar ‘Sufian Suhaimi’ bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan (Pak Guard) di Hospital Seri Manjung, di Setiawan Perak.

Difahamkan nama sebenar lelaki yang mukanya saling tak tumpah (seiras) seperti penyanyi terkenal Sufian Suhaimi itu ialah Shah Rizan.

Sharizal Razali yang kebetulan terserempak dengan ‘Sufian Suhaimi’ itu ketika membawa ibu menghantar makanan kepada ayahnya di Hospital Seri Manjung, memuat naik dua gambar menerusi akaun Facebook miliknya semalam.

“Bawa mak pergi hantar makan kat ayah di Hospital Seri Manjung, dapat pula jumpa Sopian Suhaimi. Bagus sopan bicara, rajin orangnya.” tulis Shahrizal.

Kiriman itu menerima pelbagai respon orang ramai dan gambar itu dijangka menambah lagi koleksi individu-individu mempunyai wajah seiras dengan artis dan selebriti yang sering dikongsi di media sosial seperti sebelum ini.Sumber — :milosuam

Terdahulu… “Kurang ajar dan menjengkelkan” – Sufian Suhaimi berang peminat ambil gambar senyap-senyap

Sufian Suhaimi terbuka sekiranya ada peminat yang menegurnya untuk mengambil gambar. Foto Instagram @sufiansuhaimi

PENYANYI Sufian Suhaimi menegur sikap segelintir peminat yang gemar mengambil gambarnya secara sembunyi walaupun mereka sebenarnya boleh menyapanya untuk berbuat demikian.

Malahan, Sufian menyifatkan perbuatan itu sebagai kurang ajar dan menjengkelkan terutamanya apabila dia sedang menghabiskan masa bersama keluarga.

“Tolonglah, jangan ambil gambar senyap-senyap kalau dah ada depan-depan.

“Saya rasa itu rude dan annoying. Lagi-lagi bila saya bersama keluarga,” katanya di Instagram.

Sufian membuat teguran itu di Instastory.

Dalam pada itu, Sufian berkata, dia tidak akan menolak hasrat peminat untuk bergambar dengannya jika seseorang itu membuat permintaan dengan cara yang baik.

Kata Sufian, bukan satu kesalahan untuk menegurnya terlebih dahulu berbanding merakamkan gambarnya secara sembunyi.

“Tegurlah. Minta baik-baik. Saya suka je,” katanya lagi.

Sebelum ini, penyanyi yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Yuna pernah meluahkan perkara sama dan menghargai sekiranya peminat memberinya ruang privasi apabila berada di tempat awam.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SinarViral

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @SinarViral

Sumber: layansudah

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*