Makluman Terbaru Doktor Yang Buat Sam & Syatilla Melvin Sangat Teruja! “Ini Satu Lagi Khabar Gembira Buat Saya Dan Suami”, – Syatilla

PELAKON Syatilla Melvin yang kini hamil anak kedua bakal melahirkan bayi perempuan pada April ini.

Syatilla, 28, atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin berkata, dia bersyukur dan teruja apabila dimaklumkan doktor mengenai perkara itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Lakiku♥️ #syidatesshafiq

A post shared by S Y A T I L L A M E L V I N (@samtilla) on

“Ini satu lagi khabar gembira buat saya dan suami. Saya berdoa semoga segalanya dipermudahkan hingga bersalin nanti. Memandangkan anak sulung adalah lelaki, jadi selepas ini kami ada sepasang cahaya mata. Sejak disahkan hamil, saya selalu cakap dengan suami alangkah seronok jika dikurniakan anak perempuan.

“Apa pun, saya tak nak terlalu teruja. Paling penting, bayi dalam kandungan sihat dan sempurna apabila dilahirkan nanti,” katanya isteri pelakon popular Shaheizy Sam itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Last reception!!!!!! Aku xpyh pikiaq nk pakai baju apa dah lepaih ni,sapa nak makeup,dgn baju anak lagi,baju laki lagi…allahh…. #buatterok #syidatesshafiq

A post shared by S Y A T I L L A M E L V I N (@samtilla) on

Berkongsi mengenai keadaannya, Syatilla berkata, dia kini lebih banyak berehat di rumah.

Selain itu, Syatilla juga mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada berlakon.

“Pada awal kehamilan saya sempat menjalani penggambaran drama Selafaz Cinta. Itu pun sebab saya sudah persetujui lebih awal kerana belum disahkan hamil.

“Selepas semuanya selesai, saya ambil keputusan untuk berehat. Saya memang tak terbabit dalam mana-mana projek dan banyak duduk di rumah saja. Kalau keluar pun hanya pergi menghadiri mana-mana acara. Namun, ia bergantung pada keadaan.

“Dalam usia kandungan hampir enam bulan, memang cepat letih. Kalau boleh nak duduk saja,” katanya.

Sebelum disahkan hamil, Syatilla pernah mengalami kegvguran pada Julai tahun lalu.

Syatilla dan Sam berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Sheriv Samheizy yang kini berusia setahun lapan bulan.

VIDEO : Syeriv Anak Sam Ke Syatilla? Jawapan Syeriv Samheizy Buat Ibu Bapak Tergelak Besar

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SinarViral
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @SinarViral

Sumber : IG Syatilla via Metro

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*