‘Untung Kaya’! Jom tengok koleksi beg mewah Ameera Khan.. Ada lebih daripada 7 Beg Chanel Dan Banyak Lagi

Rasanya tak perlu lagi Wanista kenalkan siapa Ameera Khan. Popular di Instagram dengan panggilan Little Miss Khan, dia ialah adik kepada pengacara, pelakon dan ahli perniagaa berjaya Neelofa.

Barisan gambar yang dimuatnaik Ameera di Instagram sentiasa menjadi inspirasi anak gadis untuk berfesyen.

Buat anda yang pertama kali melihat Ameera pasti tidak percaya, dia baru sahaja menginjak usia 17 tahun! Tampil matang, yakin dan bijak dalam berfesyen buat gadis muda menjadi luar biasa dari gadis lain. 

Malah apa yang lebih hebat, level fesyen Ameera adalah high-end. Pakaian, kasut, aksesori dan beg tangan bukan jenama biasa-biasa.

Mari kita lihat beberapa buah beg tangan mewah milik Ameera yang sering ditayang di akaun Instagramnya.

# Chanel

Wanista percaya Ameera berkemungkinan memiliki lebih dari 10 beg tangan double C ini. Tangan dan bahu tak lekang di lilit beg tangan Chanel yang bukan satu rekaan tapi pelbagai jenis, bentuk, koleksi dan warna. Jangan terkejut ya sesetengah koleksi Chanel boleh mencecah RM20k. Ehem. 

Foto – Instagram Little Miss Khan
Foto – Instagram Little Miss Khan
Foto – Instagram Little Miss Khan

# Céline

Dua kali tampil membawa beg tangan kulit mewah dari Céline. Simple dan elegan dari Micro Luggage Handbang, Ameera ada 1 rekaan yang sama tapi dalam berbeza warna. Dari laman sesawang Céline, harga bagi sebuah beg tangan ini RM11,217. 

Foto – Instagram Little Miss Khan

# Balenciaga

Wanista tertarik dengan keunikan beg tangan segi tiga dari Balenciaga itu yang berharga RM8,039. Dua pilihan gaya beg tangan Balenciaga yang Ameera pilih serba ringkas dan only state Balenciaga. Nama jenama lebih penting okay! 

Foto – Instagram Little Miss Khan

# J’adior

Beg multitasking dari J’Dior ini sekurangnya berharga RM12,585. Ia diperbuat dari kulit anak lembu dan boleh digayakan secara crossbody dan clutch. Well untuk harga RM12K, beg multitasking? Bolehlah.. 

Foto – Instagram Little Miss Khan

# Gucci

Double C dah ada, mestilah Double G turut ada! Comel dan bersahaja Ameera mengayakan fanny pack dari Gucci ini. Tak perlu aksesori berlebihan, beg tangan genit RM4,310 dah cukup buat Ameera mengikut fesyen semasa. 

Foto – Instagram Little Miss Khan

# Louis Vuitton

Tak menanglah kalau tiada beg tangan berkelas tinggi Louis Vuitton. Tidak seperti mereka yang memilih rekaan monogram LV, Louis Vuiton Petite Maalle yang harga mencecah RM22,00 buat Ameera have everything. 

Foto – Instagram Little Miss Khan

Benarlah kata orang, ada duit apa sahaja boleh. Ye tak? 

Buat anda yang ingin bergaya, berjenama mewah tidak semestinya yang penting anda yakin, kreatif dan laksananya dengan mengikut trend semasa. 

Sumber: littlemisskhan via wanista

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*