Masuk Angin Ketika Berpantang, Jangan Buat Main-Main, Segera Buat Langkah Ini!

Ramai daripada kita hari ni selalu sangat mengabaikan tempoh waktu berpantang. Selalu ambil mudah dan selalu bersoal jawab mengapa dan mengapa sesuatu perkara itu dilarang.

Itulah peel wanita muda hari ni. Sudahnya badan jadi lesu, tidak sihat dan akhirnya masuk angin, seram sejuk dan paling ditakuti jadi bentan!

Pun begitu ada wanita berpantang yang langsung tak ambil kisah akan hal ini. Tidak langsung takut kesannya dikemudian hari. Mungkin sekarang anda tidak rasa akan kesannya. Bila usia makin bertambah, jangan pula nanti menyesal!

Bagi ibu berpantang, masalah sakit kepala adalah perkara biasa. Namun jangan pula dibiarkan berlarutan masalah ini. Sakit kepala biasanya terjadi disebabkan ibu yang tidak cukup tidur kerana menyusukan bayi di malam hari. Ketidak stabilan hormon ditambah dengan rehat yang tidak mencukupi juga membuatkan suhu badan ibu berubah.

Kesan daripada selepas bersalin juga membuatkan susu badan ibu berpantang menjadi turun naik dan tidak stabil. Akibatnya wanita berpantang akan mengalami sakit kepala atau pening-pening. Petua orang lama jangan sekali ditinggalkan. Menurut orang tua-tua, petua menggunakan limau nipis mampu mengatasi masalah ini. Bagaimana?

  1. Ambil buah limau nipis atau limau kasturi, potong dan gosokkan ke kulit kepala.
  2. Biarkan sehingga kering kemudian barulah dicuci.
  3. Lakukan langkah ini sebelum mandi pada waktu pagi.
  4. Sebaiknya lakukan sebelum proses bertungku dilakukan.
  5. Selesai bertungku dan air limau nipis di kepala kering, bolehlah terus mandi dan bilas seperti biasa.

Mandi dengan menggunakan air herba seperti biasa juga amat disarankan. Jika sakit kepala kerana suhu badan, ikat rambut anda ketat- ketat dan tinggi. Cara ini menyebabkan muka anda turut tegang dan dapat menghindarkan sakit kepala. Angin juga tidak dapat masuk.

Selebihnya berpantanglah seperti biasa. Pastikan ibu memperolehi rehat yang mencukupi untuk menjaga bayi anda. Jagalah diri sendiri kerana kelaknya kita juga yang akan menanggungnya di kemudian hari!

Yang rasa mandi herba selepas bersalin tu terlalu rumit dan banyak memerlukan kos, boleh cuba fikirkan semula. Disini kami kongsikan mandian herba selepas bersalin yang paling asas. Rugi kalau masih nak bagi alasan untuk menjaga diri sendiri:

The post Masuk Angin Ketika Berpantang, Jangan Buat Main-Main, Segera Buat Langkah Ini! appeared first on Petua Ibu.

 

Sumber: Petua Ibu

Apa kata anda?