Ibu Prihatin Ini Memberikan ‘Ole Ole’ Kepada lebih Dari 200 Penumpang Dengan Sebab Bimbang Bayinya Akan Mengganggu Penumpang Yang Lain

Di samping kita menjadi teruja untuk melakukan perjalanan ke luar negara sama ada ketika bercuti atau melawat ahli keluarga, semua pasti akan merasai pengalaman menaiki penerbangan buat satu jangka masa yang lama. Berada di dalam penerbangan bersama penumpang yang pelbagai ragam sudah pasti akan membuatkan seseorang itu berasa tidak selesa, tambahan pula apabila pesawat yang dinaiki berhadapan dengan masalah cuaca atau situasi yang tidak menentu.

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook telah berkongsi pengalamannya bersama netizen lain apabila mengalami sendiri pengalaman manis melihat tindakan seorang ibu yang prihatin ketika mereka menaiki penerbangan selama 10 jam dari Seoul, Korea Selatan ke San Francisco, Amerika Syarikat.

Dave Corona / Facebook

Ketika penerbangan tersebut, ibu yang prihatin ini telah menyerahkan kira-kira 200 beg ‘oleh-oleh’ atau buah tangan buat para penumpang yang telah disediakannya semasa berada di Seoul.

Ibu ini begitu prihatin dengan perasaan penumpang yang mungkin akan berasa kurang selesa sekira bayinya akan mula menangis atau merengek ketika berada di dalam pesawat itu. Perasaan bimbangnya kerana akan menganggu orang lain telah menyentuh hati netizen ini.

Dave Corona/ Facebook

Bersama beg ‘oleh-oleh’ itu disertakan sekeping nota yang menerangkan mengapa bungkusan itu diberikan kepada setiap penumpang seperti bayinya sendiri yang menyampaikan buah tangan ini.

Dave Corona / Facebook

Bayi ini ‘menulis’ nota yang berbunyi, “Hello semua, nama saya Junwoo dan saya berusia 4 bulan. Hari ini saya terbang ke A.S bersama ibu dan nenek untuk melawat ibu saudara. Saya sedikit takut kerana ini penerbangan pertama saya buat seumur hidup. Jadi, maknanya saya akan menangis jika terdengar bunyi yang kuat. Saya akan mencuba untuk senyap dan tidak menangis. Akan tetapi, saya tidak boleh berjanji. Sila maafkan saya.”

Nota ini menambah, “Jadi ibu saya telah menyediakan buah tangan ini untuk anda! Ada gula-gula dan penutup telinga. Sila gunakan ia sekiranya saya membuat bising. Semoga semua berseronok dalam perjalanan ini. Terima kasih.”

Dave Corona / Facebook

Netizen ini kemudian telah memuat naik gambar ‘sentuhan menyentuh hati’ ini di halaman Facebook dan turut mengesahkan bayi ini sungguh baik dan tidak membuat apa-apa bunyi tangisan kurang selesa yang kuat ketika penerbangan tersebut. Para netizen memberi komen bahawa tindakan ibu ini amat prihatin, mengagumkan dan sentiasa pula memikirkan keselesaan orang lain.

Dave Corona / Facebook

Tindakan manis dan lembut oleh seorang ibu prihatin, yang wajar dijadikan contoh buat ibu bapa yang akan membawa bayi mereka di dalam penerbangan yang jauh.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @SinarViral

Sumber : Dave Corona / Facebook ,  World of Buzz via Cerkosong

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*