Cara-Cara Buat Kek Ikan (FishCake) Homemade. Lebih Sedap, Bersih & Diyakini Halal.

Anda pernah buat kek ikan secara homemade? Ha..mesti ada yang tak pernah buat kan? Mudah je buat kek ikan ni. Malah lebih enak dari yang dibeli. Jika untuk disajikan buat keluarga, boleh guna ikan tenggiri ni. Rasa dia memang sedap sangat, lebih bersih dan dijamin halal. Jom cuba.

 

FISHCAKE IKAN TENGGIRI

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan tenggiri bunga ( yang ada bintik)
  • 1 sudu makan tepung jagung – lebih sikit tak apa
  • Garam secukup rasa – bancuh dengan 1 mangkuk kecil air
  • 1 sudu teh lada sulah
  • Sedikit ajinomoto

 

CARA MEMASAK:

1. Pipiskan @ potong isi ikan depan belakang ikan. Macam dalam gambar.

2. Guna sudu dan korekkan isi ikan yang melekat pada tulang.

3. Satukan isi ikan, tepung jagung, lada sulah dan ajinomoto. Gaul sebati. Kemudian masukkan air garam sedikit untuk sebatikan bahan-bahan.

4. Tumbuk isi ikan sambil dimasukkan air garam sikit-sikit. Tak payah guna sampai habis air garam tu. Asalkan isi ikan jadi kenyal sudah memadai.

5. Ni hasil isi ikan yang cukup kenyal. Yang penting ikan mesti segar dan cara tumbuk ikan kena betul.

6. Letakkan plastik dalam loyang. Masukkan isi ikan. Tekan-tekan bagi padat. Guna sudu yang dah sapu sikit minyak.

7. Panaskan kukusan dan masukkan loyang. Kukus dalam 10 – 15 minit menggunakan api besar.

8. Apabila dah masak, keluarkan isi ikan kukus tadi. Biar suam sedikit barulah dipotong panjang.

9. Panaskan minyak dan goreng kepingan fishcake tadi dengan api sedang. Jangan bagi garing.

10. Toskan minyak dan boleh dinikmati mengikut citarasa.

Kredit resipi & foto: Yati Mohd

ARTIKEL LAIN YANG MENARIK : 

Sumber : Rasa.my

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*