Resipi Pizza Budget Homemade Untuk Anak-Anak. Guna Roti Putih Je!

Menu kegemaran anak-anak. Pizza bajet…tak perlu pergi ke pizza hut dah. Boleh buat makan petang, makan malam atau bila-bila masa yang sesuai. Nak dijadikan bekal ke sekolah pun sedap.

RESIPI PIZZA  ROTI SANDWIC

BAHAN-BAHAN:

  • Roti sandwich
  • Keju cheddar
  • Keju mozarella @ keju topping piza
  • Lobak merah – rebus separuh masak
  • Brokoli – rebus separuh masak
  • Sosej – rebus separuh masak
  • Udang – rebus separuh masak
  • Sotong – rebus separuh masak
  • Crabstick – rebus separuh masak
  • Lada benggala – hiris
  • Kiub nanas dalam tin
  • Cendawan shitake @ butang
  • Bawang holland
  • Bawang putih
  • Marjerin
  • Sos pasta @ sos tomato

CARA MEMASAK:

1. Gris loyang ngan marjerin kemudian susun roti sandwic dalam dulang. Renjis air sedikit supaya roti menjadi lembut.

2. Sapu sos tomato @ pasta pada roti dengan secukupnya.

3. Kemudian susun kepingan keju cheddar.

4. Satukan kesemua bahan-bahan lain ( kecuali keju mozarella )dalam mangkuk dan gaul rata. Sudukan ke atas roti dengan secukupnya.

5. Tabur keju mozarella dan bakar dalam ketuhar selama 15 minit pada suhu 170C. Waktu membakar mungkin berbeza mengikut jenis ketuhar.

6. Setelah keju cair, keluarkan dan sedia dinikmati bersama sos cili.

 

INFO CHEF: Panaskan ketuhar selama 10 minit sebelum memasukkan pizza.

Kredit resipi & foto: Wan Hidayu

Sumber: Rasa.my

 

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*