Steak Sedap & Ringkas Sesuai Untuk Penghidap Diabetes

Anda yang menghidap diabetes jika teringin makan steak, boleh je makan. Tak ada pantangnya, selagi steak bebas dari gula dan karbohidrat. Nak lagi sedap tambah apa sahaja sos dan hidangan sampingan seperti salad, bunga kobis, brokoli dan lobak merah. Namun,  elak makan steak bersama nasi, kentang ataupun jagung kerana makanan ini sumber gula dan karbohidrat.

Ini resipi steak yang bebas gula dan karbohidrat. Anda boleh cuba ye:-

SAVOURY MARINATED STEAK

BAHAN-BAHAN PERAP :

  • 180gm Striploin beef
  • 1 sudu makan herba campur
  • 1/2sudu makan paprika
  • Garam secukup rasa
  • Lada sulah secukup rasa

BAHAN SOS  SAVOURY

  •  3 sudu makan sos BBQ
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam

 CARA MEMASAK :

  1. Gaulkan kepingan daging dengan bahan perapan. Perap selama lima minit.
  2. Kemudian, panggang daging lebih kurang 15 minit untuk kedua-dua belah daging.
  3. Sementara itu campurkan sos BBQ dengan serbuk lada hitam. Kacau rata sos.
  4. Setelah steak  masak, tuangkan  sos di atas steak dan hidangkan bersama salad segar, cili bangala panggang, hirisan lemon dan salad segar.

Sumber: Rasa.my

 

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*