Cinta gelandangan ke jenjang pelamin

“ALHAMDULILLAH akhirnya kami disatukan melalui ikatan yang halal dan boleh melayari bahtera kehidupan sebagai sepasang suami isteri,” kata Maswan Ramli, 32, selepas sah bergelar suami kepada Norsafidah Miskan, 29.

Pasangan itu dinikahkan di Surau Al Mustaqa di bandar Kluang, hari ini.

Maswan berkata, dia dan isterinya langsung tidak menyangka kehidupan mereka sebagai gelandangan sejak enam bulan lalu mendapat perhatian masyarakat setempat walaupun tidak berniat menagih simpati orang ramai.

Katanya, dia mengenali isterinya itu ketika sama-sama mencari barang lusuh di sekitar bandar Kluang.

“Sehinggalah kami ditemui oleh wakil daripada Pertubuhan Kebajikan Harapan Mahkota yang menyatakan untuk membantu merealisasikan impian menjadikan kami sebagai pasangan sah sebagai suami isteri.

“Hari ini, walaupun terpaksa melalui kepayahan akhirnya niat kami untuk hidup sebagai suami isteri terlaksana dan pekerjaan mencari barang lusuh akan terus menjadi pekerjaan utama untuk menyara hidup,” katanya.

Pasangan itu dinikahkan juru nikah Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), Yazid A Bakar.

Hadir menyaksikan majlis pernikahan itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Md Said Jonet dan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Harapan Mahkota, Abd Hamid Ali.

Maswan berkata, walaupun mata pencarian yang dilakukan hanya mampu memberikan pendapatan antara RM10 hingga RM20 sehari, namun dia yakin dapat memberi kebahagiaan kepada isterinya kerana kepayahan hidup menjadi lumrah mereka berdua.

“Saya dan isteri masih ada keluarga namun kami memilih jalan ini kerana tidak mahu menyusahkan kerana mereka juga hidup serba kekurangan,” katanya.

Sementara itu, Abd Hamid Ali berkata, majlis itu adalah usaha menjadikan mereka pasangan sah.

“Semoga pernikahan ini menjadikan mereka lebih bahagia dan sebuah rumah diberikan di Kampung Melayu bagi membolehkan mereka hidup secara teratur dan tidak lagi menjadikan tempat kosong di bandar Kluang sebagai tempat penginapan,” katanya.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SinarViral
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @SinarViral

Sumber : Metro

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*