Istana Kelantan Tarik Balik Darjah Kerabat Tun Dr Mahathir

Pihak Istana Kelantan menarik balik Anugerah Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) Al-Yunusi Kelantan yang dikurniakan kepada Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad, atas titah Sultan Muhammad V, berkuatkuasa Selasa lepas. 

Pembatalan anugerah yang tidak membawa sebarang gelaran tersebut dinyatakan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Fauzi Che Mamat melalui sepucuk surat yang diterima Dr Mahathir semalam.

Datuk Faudzi Che Mamat, semasa dihubungi, mengakui penarikan pingat tersebut yang dikurniakan kepada Dr Mahathir pada April 2002.

Menurutnya, surat berkenaan selepas itu telah dihantar ke rumah beliau di Seri Kembangan, Selangor.

Namun, beliau tidak mahu memberi komen tentang punca penarikan darjah kebesaran tersebut oleh pihak istana negeri terbabit. 

Sumber berita: BH Online & Kosmo Online

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*