Jualan gudang Apple 2018! Kini iPhone 6 boleh didapati dengan harga serendah RM600 bermula pada 2 Mac ini!

Ini adalah berita baik buat penggemar jenama Apple kerana tinggal dua hari lagi jualan gudang jenama Apple akan diadakan di Kuala Lumpur!

Beberapa jam lepas, penjual Apple premium, Switch baru sahaja mengumumkan di laman Facebook mereka yang mengatakan bahawa mereka akan mengadakan jualan gudang besar-besaran di Kuala Lumpur tidak lama lagi! Apa yang menariknya pastilah tawaran harga yang ditawarkan kepada pengunjung!

Sumber: Facebook

Bagi yang tertanya-tanya apa agaknya yang akan dijual semasa jualan tersebut, anda boleh melihat senarai tersebut di Facebook rasmi mereka. Dikatakan lebih daripada 25 produk jenama Apple daripada iPhone hinggalah MacBook akan dijual di sana. Berikut adalah beberapa tawaran terbaik yang bakal menarik perhatian ramai:

  1. iPad 4 dengan paparan Retina dan Wi-Fi, 16GB – RM200
  2. iPhone 5s, 16GB – RM200
  3. iPhone 6, 16GB (demo) – RM600
  4. iPhone 6s, 16GB (demo) – RM800
  5. iPhone 6s, 32GB – RM1,300
  6. iPhone 6s Plus, 16GB (demo) – RM900
  7. iPhone 7, 32GB (demo) – RM1,900
  8. iPhone 7, 128GB (demo) – RM2,200
  9. MacBook Pro Retina 15-inci, 2.3 GHz, Quad-core Intel Core i7  – RM2,800
  10. MacBook Pro 13 inci, 2.0 GHz dual-core Intel Core i5, 256GB – RM5,000

Untuk senarai penuh produk yang dijual, anda boleh rujuk pada gambar di bawah:

Sumber: Facebook

Sumber: Facebook

Bagi yang sedang mencari-cari produk Apple atau sedang memikirkan untuk menukar iPhone anda, ini mungkin adalah masa yang sesuai untuk anda berbuat demikian. Apa tunggu lagi, tandakan kalendar anda untuk jualan gudang hebat ini!

Berikut adalah sedikit maklumat mengenai jualan gudang tersebut;

Tarikh: 2hb – 4hb Mac 2018

Masa: 10 pagi – 10 malam

Tempat: MyTown Shopping Centre

Alamat: MyTOWN Shopping Centre, No.6, Jalan Cochrane, Seksyen 90, 55100 Kuala Lumpur

Sumber: Era Baru

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*