Polis Marin rampas 8, 342 kilogram beras

TUMPAT 22 Mei – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor merampas 8,342 kilogram (kg) beras dipercayai diseludup dari negara jiran dalam serbuan melibatkan lapan premis di Wakaf Bharu di sini.

Timbalan Komander PPM berkenaan, Superintenden Mohamad Pajeri Ali berkata, barang rampasan lain juga melibatkan 35 kotak ayam beku dan dua buah bot nelayan bersama peralatan serta hasil laut dengan jumlah keseluruhan nilai rampasan sebanyak RM198, 350.

“Operasi Ops Gelora Khas ini melibatkan seramai enam pegawai kanan dan 46 anggota PPM di kawasan operasi di pangkalan haram di kawasan Sungai Golok, Perairan Laut Kuala Besar dan Jeti Nelayan di Tok Bali.

“Sepanjang operasi yang bermula sejak 19 Mei lalu sehingga hari ini, kita telah membuat 15 rampasan melibatkan 11 kes di bawah Akta Kastam 1967, dua kes mengikut Akta Perikanan 1985 dan dua kes di bawah Akta Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Markas Operasi PPM Pengkalan Kubor, di sini hari ini.

Menurut Mohamad Pajeri, hasil serbuan pihaknya berjaya menangkap 11 individu warga tempatan dan tiga lelaki warga Thailand.

Sumber: UTUSAN ONLINE

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*