Pakcik Ini Sangat Istimewa Di Kalangan Ultra Malaya 07 Sehingga Beliau ada Tempat Duduk Khas Setiap Kali Datang Ke Stadium.

Semalam kita telah menyaksikan perlawanan akhir perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 diantara pasukan Negara kita Malaysia yang menentang Pasukan dari  Vietnam. Dalam perlawanan itu Skuad Harimau malaya telah mengikat lawan 2-2. Skuad Harimau Malaya sebelum itu ketinggalan 0-2 kepada skuad Naga Emas pada separuh masa pertama. Bagaimanapun pada minit ke-36, pemain pertahanan negara Shahrul Saad berjaya membolosi gawang pihak lawan, menjadikan keputusan 1-2. Pada separuh masa kedua pula, Malaysia sekali lagi memperolehi jaringan menerusi Safawi Rasid pada minit ke-60 melalui tendangan percuma. Jaringan tersebut menjadikan keputusan penuh perlawanan 2-2.

Jumlah penonton yang hadir di stadium Nasional Bukit Jalil semalam ialah 88,482 penonton bagi menyaksikan perlawanan akhir perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 seperti diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada laman FB rasmi mereka.

Pelbagai kisah di media sosial boleh dilihat seperti keadaan suasana disekitar stadium serta gelagat para penyokong yang hadir semalam. Peminat sukan bolasepak rata-rata yang hadir teruja untuk menyaksikan perlawanan itu.

Boleh dikatakan penyokong Malaysia gila di tempat duduk mereka ketika melihat pasukan mereka menentang Vietnam semalam. Mereka sentiasa bersorak, menyanyi dan menaikkan semangat pasukan, sambil memberi tekanan kepada Vietnam.

Jauh dari keghairahan penonton yang lain seorang lelaki yang agak berumur duduk seorang diri menyaksikan pertarungan bersejarah itu tanpa memengang telefon bimbit dan kelihatan sangat asyik dalam dunia beliau yang tersendiri.

Lelaki yang digelar Tokki ini merupakan peminat setia pasukan Terengganu sejak zaman 80an lagi. Sangat sukar mendapatkan info tentang beliau memandangkan beliau tidak menggunakan mana-mana media sosial. Bayangkan semua perlawanan yang dihadirinya sejak tahun 80an tidak ada dalam carian internet tetapi jika orang Terengganu yang minat bola tak kenal siapa Tokki jangan gelar diri sebagai peminat setia pasukan bolasepak tanah air.

Menurut sumber yang terhad, Tokki diberi keistimewaan oleh Ultras Malaya untuk duduk bersama mereka tetapi memandangkan Tokki agak berumur dia kini lebih gemar duduk dibangku sambil memerhati gerakan pemain di padang dari jauh.

Jika Ultras Malaya yang telah ditubuhkan sejak tahun 2007 itu beri layanan VIP pada beliau penulis beranggapan Tokki pasti orang yang sangat istimewa dan dihormati sebagai peminat nombor satu atau pemain ke dua belas Harimau Malaya.

Jika orang Terengganu membaca artikel ini dan kenal dengan beliau, diharap dapat memberi sedikit sumbangan info mengenai Tokki supaya dapat kami viralkan. Siapa tahu rezeki Tokki nanti dapat tajaan dari mana-mana individu yang bermurah hati untuk taja beliau menyaksikan pasukan negara menentang Vietnam di Hanoi Sabtu ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SinarViral
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @SinarViral

Kredit: Jomcopy.com

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*