TMJ dedah punca Morais, Diaz tinggalkan JDT

JOHOR BAHRU 27 Feb. – Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan punca Ulisses Morais dan Jorge Preyra Diaz meninggalkan kelab tersebut.

Tunku Mahkota Johor membuat pendedahan tersebut menerusi satu video berdurasi selama tiga minit yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Kelab Bolasepak JDT, JOHOR Southern Tigers hari ini.

Tunku Ismail memaklumkan, tindakan kedua-dua mereka meninggalkan Harimau Selatan adalah berpunca daripada seorang jurulatih kecergasan yang dikenali sebagai Fernando.

Menurut Tunku Ismail, Morais meninggalkan JDT kerana mahu bersama-sama isterinya yang akan menjalani satu pembedahan di Portugal dan beliau menghormati keputusan tersebut.

“Tetapi juga lagi satu isu…pergaduhan antara Jorge Pereyra Diaz sejak musim prapermulaan dan apabila saya buat siasatan terperinci masalahnya datang daripada jurulatih kecergasan kita bernama Fernando.

“Daripada dulu kalau kita tengok ada tiga jurulatih …daripada Bojan Hodak sampai ke Mario Gomez sampai ke Benjamin Mora, mesti ada masalah dengan pemain-pemain,” katanya.

Bercerita lanjut, Tunku Ismail memberitahu, apabila ada jurulatih baharu menyertai JDT mereka akan membawa pasukannya sendiri terdiri daripada jurulatih kecergasan dan fisioterapi sekali gus ia membuatkan Fernando kurang senang.

Disebabkan rasa kurang senang itu, katanya, Fernando menggunakan hubungan rapat dengan pemain untuk memastikan mereka akan ada masalah dengan jurulatih.

“Jadi mengapa Jorge Pereyra Diaz bergaduh dengan jurulatih sampai keluar kata-kata kesat sehingga jurulatih pun hilang hormat terhadap orang tersebut….oleh kerana Fernando tu asyik menyocok, menyocok, menyocok sampai meletup dan di sini semua masalah bermula.

“Now yang lebih simple, saya dah siasat semua dan akan sack fitness coach tersebut. Apabila saya sack dia, saya cakap dengan Technical Director dan Sporting Director – kalau saya sack fitness coach itu saya pasti pemain tersebut pun akan ikut.

“Jadi saya ucapkan good luck, no problem. Takde orang lebih besar daripada kelab. You screw up dan kacau keharmonian kelab, you are out. That’s it…goodbye,” katanya. –

Sumber: UTUSAN ONLINE

 

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*