Langsir DIY Tutup Ruang Bawah Singki. Barulah Dapur Nampak Kemas Raya Nanti

Kita orang perempuan mestilah nak rumah tak kira rumah mak ayah di kampung atau sendiri dalam keadaan kemas. Kalau boleh semua ruang termasuklah bahagian dapur.

Bila rumah kemas barulah hati tenang. Tapi nak mengemas bahagian dapur paling mencabar adalah bahagian bawah sinki untuk rumah yang tiada kabinet, hanya ada table top saja.

Semua barang tersimpan di bahagian ini akan terdedah dan nampak serabut kalau tak pandai menyusun atur.

Namun terima kasih pada perkongsian Ayzar Nur yang lalu di timeline Facebook admin. Menarik sangat untuk dikongsi terutama menjelang raya ini.

Bagi menyelesaikan masalah yang sama di dapurnya Ayza Nur mengubah suai shower curtain untuk menutup bahagian ini.

Hasilnya barang-barang di ruang ini terlindung dan dapur nampak teratur dan bersih. Selain itu langsir table top ini juga menceriakan suasana dapur.

Paling best modalnya sangat jimat tak sampai RM20 dan semua barang-barang ini boleh di dapati di kedai Mr DIY.

Caranya ikut langkah ini.

SELEPAS

Barang yang diperlukan

2 keping shower curtain sekali dengan ring (2 keping x RM 14. 90)

4 batang curtain bar (4 batang × RM 3. 30)

Penyangkut jenis sticker (2 paket × RM 1. 30)

Cara membuat

1. Potong shower curtain ikut ketinggian table top.

2. Lekatkan penyangkut jenis sticker. Gamkan jika rasa tidak kukuh.

3. Selaraskan panjang curtain bar.

4. Masukkan curtain bar/rod tadi ke dalam curtain ring.

5. kemudian sangkut langsir siap dipasang pada rod tadi pada penyangkut.

6. Kemaskan dan siap!

Idea lain

Selamat mencuba!

Sumber: Ayza Nur via Vanilla Kismis

Apa kata anda?