Tip Buat Donat Gebu Yang Anda Pasti Suka. Kena Cuba!

Siapa yang tak sukakan donat gebu dan lembut kan? Paling penting, biarpun sudah lama dibuat ia tetap lembut.

Kebanyakan donat memang sedap, tapi bila dah sejuk rasanya dah jadi ‘kureng’.

Lepas tu liat pula. Macam mana nak buat donat agar sentiasa gebu walaupun dah lama? Kalau dimakan waktu panas pun sedap, waktu sejuk pun masih best.

Resipi RASA ni paling mudah dan tidak mengelirukan. Tak perlu banyak ramuan. Cukup-cukup saja untuk menghasilkan sehingga 20-25 ketul donat gebu-gebu manja!

DONAT GEBU

BAHAN-BAHAN:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air suam
  • 2 sudu besar mentega
  • 4 sudu besar gula pasir
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 1 paket yis
  • 1 biji telur

CARA MEMBUAT:

  1. Cairkan mentega dan ketepikan. Kemudian larutkan gula dan susu di dalam air suam. Masukkan yis dan sebatikan. Biar selama 10 minit.
  2. Pukul telur dan campurkan bersama mentega cair. Yis akan berbuih-buih pada waktu ini, Campurkan bersama mentega.
  3. Kemudian masukkan kesemuanya ke dalam tepung gandum dan gaul menggunakan senduk kayu. Rehatkan adunan selama 45 minit.
  4. Ambil adunan dan bentuk menggunakan acuan.
  5. Kemudian dalam minyak penuh dengan api sederhana. Balik-balikkan sehingga bertukar warna keemasan. Bolehlah diangkat.

TIP BUAT DONUT GEBU

*Pastikan acuan anda diletakkan sedikit tepung bagi mengelakkan adunan melekat padanya.

*Tip mudah untuk menyalut donat dengan gula adalah dengan meletakkannya ke dalam zip lock bag. Kemudian digoncang agar gula rata pada donat.

Sumber: Rasa.my

 

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*