Tip Hasilkan Sotong Celup Tepung Yang Sempurna & Tak Relai Waktu Digoreng.

Sotong Celup Tepung memang sedap dimakan. Tetapi salah satu masalah bila nak masak hidangan ini secara homemade ialah ada kalanya tepung dan sotong ‘terpisah’ apabila digoreng. Nampak tak cantik dan berminyak. Tu belum lagi masalah sotong meletop dalam kuali. Haih…sakitnya hati kan? Bagi anda yang alami masalah ini,  cara yang dikongsi ini mungkin boleh membantu menyelesaikan masalah anda.

CARA MUDAH GORENG SOTONG TANPA LERAI TEPUNGNYA 

foto: thespruce.com

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg sotong | dibersihkan dan buang kulit hitam bahagian luar sotong
  • 2 sudu besar cuka epal

*Selepas sotong dipotong bulat, perapkan seketika bersama cuka epal. Ini untuk mengelakkan sotong daripada ‘meletup’ sewaktu digoreng.

BAHAN TEPUNG SADUR:

  • 10 sudu besar tepung gandum
  • 6 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 2 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 2 sudu kecil serbuk cili (jika suka)
  • Garam dan serbuk kunyit secukupnya

*Gaul sebati semua bahan di atas.

*Kemudian pukul 2 biji telur dalam mangkuk lain.

CARA MEMBUAT:

  1. Ambil sotong dan dicampurkan dengan sedikit garam, serbuk kunyit, lada hitam dan lada sulah.
  2. Panaskan minyak. Sambil itu, celupkan sotong dalam mangkuk telur dan sadurkan dengan campuran tepung tadi.
  3. Masak sotong atas api sederhana sehingga masak dan toskan. Letakkan atas tisu dapur.
  4. Kautkan semua lebihan tepung dalam kuali sebelum masukkan sotong lain untuk mengelakkan daripada kerak menjadi hangit dan melekat pada sotong.

foto: eumundimarkets.com.au

 

SOS PENCICAH:

  • 3 sudu besar sos Thai
  • 1 sudu besar mayones

CARA MEMBUAT:

  1. Gaul sebati dua bahan ini dan taburkan sedikit bijan jika suka.
  2. Hidangkan bersama sotong yang telah digoreng tadi

Sumber: Rasa.my

 

 

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*