Wah! Boleh cuba… Wanita Ini Ajar Cara Buat ‘French Fries’ Agar Tak Lembik & Kurang Serap Minyak

Kentang goreng ni biasanya anak-anak memang suka. Nak-nak kalau makan panas-panas dan cicah dengan sos cili mahupun mayonis. Tapi selalunya bila kentang ni kita goreng sendiri, selalu lembik tak ‘keras’ macam yang selalu kita beli.

Hah, nak buat kentang goreng ala-ala beli dekat Mc Donald mahupun KFC ada caranya yang tersendiri. Wanita ini kongsikan cara nak buat kentang goreng agar tak lembik dan serap banyak minyak setelah digoreng.Dan Yang pastinya, rasanya super sedap! Tak rugi cuba!

Bahan-Bahan:

2 cawan air

2 sudu besar gula

5 biji kentang (dikupas)

Garam Secukupnya

Cara Membuat:

1. Masukkan air dan gula ke dalam mangkuk/ besen besar, kacau dan ketepikan sebentar.

2.Kemudian hiris kentang saiz sederhana, jangan terlalu nipis. Agak-agak saiz macam French Fries KFC.

3.Kemudian, masukkan kentang yang dah dipotong tadi kedalam air gula, rendam selama 15-30 minit dan simpan didalam peti sejuk.

4.Didihkan air dan masukkan 1 sudu kecil garam.

5.Setelah itu, masukkan kentang yang telah disimpan dalam peti sejuk tadi dan masak selama 5 minit. Tambahkan pula dengan 1 sudu makan minyak masak.

6. Tutup api dan toskan kentang biarkan ia suam-suam dahulu sebelum dimasukkan kedalam peti sejuk (bahagian beku).

7. Biarkan ia beku selama 3 jam dahulu barulah digoreng.

Selamat Mencuba!

Kredit : Nadiyatul Husna

Feedsss : wah, seronoknya kalau hasilnya memang sedap macam fries McD, jimat boleh buat sendiri dekat rumah sahaja.

Sumber: Feedsss

 

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*